Pengeluaran KWSP gagal menyelesaikan masalah kewangan – DPMM

Pengeluaran KWSP masih gagal selesai masalah kewangan – DPMM

Langkah membenarkan lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja boleh menambah beban derita masa depan pencarum, malah dilihat masih gagal menyelesaikan masalah kewangan seperti mana pengeluaran sebelum ini.

—> SIla baca juga [INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Intipati Kenyataan

  • Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Halim Husin menjelaskan, selain bencana alam, isu jauh lebih besar dan berupaya memusnahkan kehidupan rakyat adalah krisis kemiskinan pada usia persaraan memandangkan pada hari ini lebih 80 peratus pencarum aktif mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000.
  • Katanya, membenarkan pengeluaran juga tidak akan membantu golongan Bumiputera kerana walaupun daripada segi bilangan mereka adalah kumpulan pencarum terbesar KWSP, tetapi daripada segi nilai tabungan bukanlah kumpulan sasar yang dapat dibantu dengan inisiatif berkenaan.
  • “Lebih memburukkan keadaan, pengeluaran tabung amanah simpanan atau pelaburan seperti KWSP berkali-kali sebelum tiba waktu matang iaitu apabila pencarum mencapai umur persaraan tentunya akan memberi tekanan untuk melabur secara lebih terancang di samping menyukarkan untuk menjanjikan pulangan dividen lebih baik kepada pelabur.
  • “Sebenarnya memang sudah ada kebijaksanaan kerajaan dan KWSP dalam menguatkuasakan larangan mengeluarkan simpanan sebelum bersara. Kita sedia maklum bagaimana KWSP telah memberikan banyak kelonggaran apabila memecahkan simpanan pencarum kepada tiga akaun untuk memberi fleksibiliti pengeluaran bagi membiayai untuk keperluan mendesak dan asasi tanpa mengganggu simpanan daripada Akaun 1.
  • “Meneruskan kehidupan selesa selepas tempoh bersara adalah cita-cita setiap warga Malaysia. Tiada ada sesiapa mahu bekerja membanting tulang seluruh hidupnya dengan kenaikan kos sara hidup, kos penjagaan kesihatan serta purata usia semakin panjang, maka tabung simpanan KWSP adalah satu-satu harapan buat bakal pesara mesti dijaga dan dipertahankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
  • “DPMM dengan ini merumuskan bahawa pengeluaran wang simpanan persaraan oleh KWSP tidak boleh lagi diteruskan kerana ia tidak lagi realistik disamping mendesak kerajaan untuk menggandakan pelbagai bentuk bantuan serta pengecualian kepada setiap individu serta isi rumah tanpa perlu bertangguh lagi.
  • “Lebih penting lagi untuk tidak membenarkan sebarang bentuk eksploitasi terhadap kesengsaraan orang-ramai demi meraih markah politik yang jelek,” ujarnya.

Sumber: Utusan

–> Sila baca juga Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Lepasan dan Penganggur RM400 – RM600

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web BKM yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment