Kolej Vokasional- Cara Memohon Dan 9 Syarat Permohonan

Kolej Vokasional adalah salah satu sekolah yang di kenali dalam negara kita. Kolej vokasional dan sekolah menengah teknik menawarkan latihan kemahiran kepada murid lepasan PT3.

Kolej Vokasional

Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada murid di negara kita untuk mendapat ilmu kemahiral selain dari ilmu teori yang mereka pelajari di sekolah.  Kolej Vokasional menawarkan aliran vokasional dan latihan kemahiran. Aliran vokasional menjurus kepada Sijil Vokasional Malaysia dan Diploma Vokasional Malaysia manakala latihan kemahiran menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

Syarat Asas Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional

Untuk membuat permohonan kemasukan, ada beberapa syarat asas yang telah di tetapkan oleh KPM. Antara syarat asasnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan/ Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020
  • Mesti mengambil Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK)
  • Wajib menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Calon Sihat tubuh badan
  • Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
  • Tidak rabun warna/ burta warna
  • Calon bebas daripada masalah mental;  dan
  • Calon berminat dengan program dipohon

Kolej Vokasional

Syarat Khusus Permohonan 

Selain dari syarat asas yang admin sebutkan tadi, terdapat juga syarat khusus permohonan yang perlu anda tahu. Syarat khususnya ialah:

Calon memperoleh sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3
(Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran berikut iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi / Asas Sains Komputer

Apa itu IMB P-Tech@KV?

Mungkin ada antara anda yang tidak tahu, Kolej Vokasional mempunyai  satu program yang di panggil P-Tech@Kolej Vokasional. Apa yang dimaksudkan dengan program ini? Ini Jawapanya:

  • Program ini adalah sebuah program kerjasama antara IBM dan KV bermatlamat melahirkan tenaga kerja
    mengikut kriteria IBM
  • Program ini melibatkan KV Sepang dan KV Sungai Buloh yang menawarkan program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian serta program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan melepasi syarat kemasukan, layak
    menyambung pengajian di peringkat diploma di Kolej Vokasional
  • Pelajar akan menjalani On The Job Training selama lima (5) bulan di IBM

Kolej Vokasional

Cara Permohonan Kemasukanya

Untuk membuat permohonan kemasukan, biasanya KPM akan memberitahu tarikh permohonanya. Permohonan biasanya akan di buat di secara online di website di sini

Baca Juga: PAJSK-Cara Login Dan 4 Objektif Utama

Maklumat Penting Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Program Ini

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda tahu. Program ini merangkumi dua (2) tahun di peringkat sijil

  • Murid yang berjaya di peringkat Sijil akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Murid yang dianugerahkan SVM dan memenuhi syarat kemasukan,
    layak menyambung pengajian di peringkat Diploma di Kolej Vokasional
  • Murid yang lulus pengajian di peringkat Diploma akan
    dianugerahkan Diploma oleh Senat Kolej Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Matlamat Program Kolej Vokasional untuk melahirkan tenaga kerja yang mahir bagi memenuhi keperluan industri dan entrepreneur.

Kolej Vokasional Memberi Peluang Kepada Murid Untuk Mencebur Diri Dalam Bidang Kemahiran

Kesimpulanya, dengan adanya kolej vokasional ia secara tak langsung memberi peluang kepada murid di negara kita untuk menceburi bidang kemahiran. Ini kerana, kemahiran sangat penting terutama sekali sewaktu memasuki alam pekerjaan. Dengan adanya kemahiran ia secara tak langsung membuatkan mereka menjadi pilihan para majikan untuk ambil mereka berkerja.

Leave a Comment