PENERANGAN KOD TIDAK LULUS BPR DAN STATUS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021

Bagi yang gagal/tidak lulus BPR 2021,boleh semak kod tidak lulus BPR 2021 dan boleh rujuk terus dokumen sokongan yang diperlukan untuk memudahkan anda buat rayuan BPR bermula 15 hingga 30 Jun 2021

Berikut adalah CONTOH KOD TIDAK LULUS BPR,kod sebenar akan dikongsikan selepas dimaklumkan pihak LHDN:

KOD 05 TIDAK LULUS BPR

Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan

Maklumat Pengenalan pasangan perlu disahkan melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah kad pengenalan pasangan

KOD 12 TIDAK LULUS BPR

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
  • 31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

KOD 1

Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD Pemohon

Baca tentang Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40 untuk tebus RM300/RM180 beli peranti atau data internet

KOD 2

Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

KOD 3

Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

MyKAD / MyKID Anak; dan

Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)

KOD 4

Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

TINDAKAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

MyKAD / MyKID Anak; dan

Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan hubungan pertalian)

KOD 6

Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi tahun 2019

KOD 7

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
KOD 8

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM5,000

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

*akan dikemaskini

KOD 9

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,000

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 10

Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 11

Pemohon / Pasangan memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Permohonan dipertimbangkan sekiranya pemohon dan pasangan memiliki perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang sama

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
 Sijil Pendaftaran Perniagaan; atau

 Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020

KOD 13

Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 14

Pemohon memiliki Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

KOD 15

Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atau
Dokumen penjualan / Pelupusan Kenderaan

KOD 16

Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan

TINDAKAN / DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah Dokumen Pengenalan Pasangan

KOD 29

ALASAN

Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BPR

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565

03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

1 thought on “PENERANGAN KOD TIDAK LULUS BPR DAN STATUS BANTUAN PRIHATIN RAKYAT 2021”

  1. Sy kod 05.sdgkn thun lpas dh bg salinan pasagan. Spttnye lhdn kne tnya emegresen klau nk pngesahan.jd kne buat rayuan lg aduh… Dh la x kerja.

    Reply

Leave a Comment