Keberhasilan Guru- Panduan Menulis Borang Keberhasilan 2021

Keberhasilan guru- bagi mereka yang bergelar pendidik, keberhasilan guru bukanlah satu dokumen yang asing buat mereka.

keberhasilan guru

Ia antara dokumen yang sering di gunakan oleh oleh guru  atau pentadbir sekolah dan disediakan untuk membantu Pegawai Penilai (PP) dan juga Pegawai Yang dinilai (PYD) yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk merangka penulisan sasaran keberhasilan mengikut bidang tugas dan sasaran yang akan dicapai dalam satu tempoh penilaian semasa.

Dokumen ini perlu dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK).

Siapakah Yang Menggunakan Keberhasilan Guru Ini?

Borang keberhasilan guru ini digunakan oleh guru dan disedakan khas untuk:

1. Pengetua/ Guru Besar

2. Penolong Kanan Pentadbiran

3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Penolong Kanan Kokurikulum

5. Penolong Kanan Tingkatan 6

6. Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

7. Guru Akademik Biasa

8. Guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

9. Guru Akademik Tingkatan 6

10. Guru Sekolah Dalam Hospital

11. Penyelia Sekolah Dalam Hospital

12. Guru Prasekolah

13. Guru Bimbingan dan Kaunseling

Apakah Elemen Yang DiPertimbangkan Dalam Menulis Borang Keberhasilan Guru

keberhasilan guru

Untuk mengisi borang keberhasilan guru, ia tidak boleh di isi sambil lewa sahaja. Sebaliknya, ada beberapa elemen penting yang perlu di pertimbangkan sebelum mengisi borang keberhasilan tersebut. Antara elemen yang dipertimbangkan dalam mengisi borang keberhasilan adalah seperti berikut: 

a) usaha atau satu-satu inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan kualiti guru

b) kesungguhan atau – berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati dalam mengajar

c) keberkesanan tugas dengan menghasilkan kerja yang memberi impak kepada organisasi atau sekolah.

Baca Juga: Modul PDPR TINGKATAN 5: Panduan Dan Koleksi Modul PDPR 2021

Cara Mengisi Borang Keberhasilan Guru Dengan Betul

Macam mana cara yang betul untuk mengisi borang keberkehasilan guru ini? Sebenarnya, ada beberapa cara yang betul untuk para guru mengisi borang kebrehasilan betul ini. Antara caranya ialah:

1- Mempunyai Kata Kerja

Untuk mengisi borang keberhasilan guru, perkara pertama sekali yang berlu anda lakukan ialah dengan mengisi kata kerja atau perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya. Ini kerana, ia menunjukkan tindakan dan per yang anda lakukan untuk mencapai KPI yang telah di tetapkan.

2- Mempunyai Penyataan Ukuran Nilai

Selepas selesai perkara di atas, langkah seterusnya ialah dengan menyatakan ukuran nilai. Ianya antara elemen yang sangat penting dan wajib di letakkan oleh guru sewaktu mengisi keberhasilan guru. Ia supaya memudahkan dan dapat di gunakan untuk sasaran keberhasilan. Secara tidak langsung ia dapat di lihat sama ada penilaian yang telah di buat benar-benar encapai KPI ataupun tidak. Penyata ukuran nilai boleh mengandungi:

  • Kuantiti
  • Kualiti
  • Kos
  • Masa

3- Mempunyai Tujuan Sasaran

Satu lagi perkara penting yang wajib ada dalam keberhasilan guru ialah anda perlu meletakkan tujuan sasaran. Ia supaya untuk melihatkan tujuan/matlamat dan penerangan mengenai hasil kerja anda yang sekali gus untuk melihat dan menilai sama ada hasil kerja anda mencapai KPI atau matlamat berjaya atau tidak.

4- Mempunyai Peringkat Sasaran

Akhir sekali. anda perlu meletakkan peringkat sasaran yang hendak anda anda capai. ia untuk memudahkan lagi penilaian untuk di buat dan sekali gus untuk melihat sama ada penilaian tersebut berjaya atau pun tidak.

Jika anda mahu mendapatkan borang keberhasilan, anda boleh memuat turunnya di sini

1 thought on “Keberhasilan Guru- Panduan Menulis Borang Keberhasilan 2021”

Leave a Comment