Kata Penguat- Maksud Kata Penguat Dan 5 Contohnya

Apa yang dimaksudkan dengan kata penguat? Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud terkandung dalam kata adjektif.

Kata Penguat

Ia antara perkara yang terpenting di dalam tatabahasa. Malah, kita perlu menggunakan kata penguat ini dengan betul supaya dapat menguatkan lagi ayat yang kita hendak di tulis.

Jenis-Jenis Kata Penguat Dan Contohnya:

Ada 3 jenis kata penguat yang perlu anda tahu. Seperti:

Jenis 

Contoh

Penguat Hadapan terlalu, paling, agak
Penguat Belakang sekali, benar, nian, betul
Penguat Bebas amat, sungguh, sangat

Baca juga: ePangkat- Cara Login Dan 6 Fungsi ePangkat

Contoh Penggunaan Ayat Yang Betul Dan Ayat Yang Salah

Terdapat beberapa contoh penggunaan yang betul dan kesalahan dalam membuat ayat yang boleh kita jadikan sebagai panduan. Antaranya ialah:

Kata penguat

  • Kata Penguat Hadapan

Contoh 1

Penggunaan ayat yang betul:

Buku yang baharu dibelinya itu agak tebal.

Penggunaan ayat yang salah:

Buku yang baharu dibelinya itu tebal agak.

Penerangan:

Perkataan “agak” merupakan kata penguat hadapan yang mesti diletakkan di hadapan atau sebelum kata adjektif.

Contoh 2

Penggunaan ayat yang betul:

Pemandangan di tepi danau itu cukup indah pada waktu petang.

Penggunaan ayat yang salah:

Pemandangan di tepi danau itu indah cukup pada waktu petang.

Sama seperti di atas perkataan “cukup” merupakan kata penguat hadapan yang mesti hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif.

Contoh 3

Penggunaan ayat yang betul:

Harga kenderaan import makin mahal sejak akhir-akhir ini.

Penggunaan ayat yang salah:

Harga kenderaan import mahal makin sejak akhir-akhir ini.

  • Kata Penguat Belakang

Contoh 1

Penggunaan ayat yang betul:

Orang tua itu berjalan lambat benar

Penggunaan ayat yang salah:

Orang tua itu berjalan benar lambat.

Contoh 2

Penggunaan ayat yang betul:

Wajah gadis kacukan itu cantik betul.

Penggunaan ayat yang salah:

Wajah gadis kacukan itu betul cantik.

Contoh 3

Indah nian pemandangan di kawasan air terjun itu.

Penggunaan ayat yang salah:

Nian indah pemandangan di kawasan air terjun itu.

  • Kata Penguat Bebas

Contoh 1

Penggunaan ayat yang betul:

Durian itu berbunga amat lebat.

Betul juga jika:

Durian itu berbunga lebat amat.

Perkataan “amat” merupakan kata penguat bebas yang boleh terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Contoh 2

Penggunaan ayat yang betul:

Petani itu sungguh tekun mengerjakan sawahnya.

Betul juga jika:

Petani itu tekun sungguh mengerjakan sawahnya.

Perkataan “sungguh” merupakan kata penguat bebas yang boleh terletak sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif. Manakala, tekun ialah kata adjektif.

Contoh 3

Penggunaan ayat yang betul:

Dua orang pendekar itu sangat tangkas ketika bersilat.

Betul juga jika:

Dua orang pendekar itu tangkas sangat ketika bersilat.

Tatabahasa Yang Betul Amat Penting Dalam Menulis Ayat

Kesimpulanya, dalam membuat satu-satu ayat penggunaan tatabahasa yang betul amat penting. Ini kerana,  dengan penggunaaan ayat dan tatabahasa yang betul ia dapat membuatkan ayat tersebut menjadi lagi indah dan orang yang membacanya juga akan memahami apa yang kita tulis dan kita cuba sampaikan.

Justeru itu, kita perlu mempelajari penggunaan ayat dan tatabahasa yang betul. Terutama sekali apabila kita hendak menulis karangan, sudah pastilah kita perlu tahu dan perlu pastikan ayat serta tatabahasa yang kita gunakan tersebut benar-benar betul dan sesuai. 

Rujukan: Prpm DBP

Leave a Comment