Institut Kemahiran Belia Negara: 10 Syarat Permohonan Dan Cara Permohonan

Institut Kemahiran Belia Negara adalah salah satu institut pengajian tinggi yang menawarkan bidang kemahiran kepada pelajar-pelajar mereka.

Institut kemahiran belia negara

Institut Kemahiran Belia Negara juga adalah salah satu IPT yang mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelajar terutama sekali buat pelajar yang menggemari bahagian kemahiran. Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan ilmu kemahiran dan juga teori. Selain itu, pelajar lepasan IKBN seringkali menjadi permintaan yang tinggi dalam pasaran pekerjaan di negara kita.

Syarat Permohonan Kemasukan Institut Kemahiran Belia Negara

Institut kemahiran belia negara

Apabila keputusan sudah di umumkan, sudah tentulah ia masa yang di nanti-nantikan oleh mereka semua murid lepasan SPM. Ini kerana, pada waktu ini masing-masing akan mengambil peluang untuk membuat permohonan kemasukan ke IPT. Ini termasuklah mereka yang mahu membuat permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara. Tetapi, sebelum hendak membuat permohonan kemasukan ke IKBN, sudah tentulah kita perlu mengetahui syarat permohonan kemasukan ke IKBN terlebih dahulu.Antara syarat permohonanya adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon dan berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  4. Belum berkahwin (bujang)
  5. Sihat tubuh badan
  6. Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  7. Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam / Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) & Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  8. Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
  9. Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
  10. Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon

Baca Juga: Ranking Universiti Malaysia Terbaik 2021

Peringkat Program Yang Di Tawarkan Oleh Institut Kemahiran Belia Negara

Institut kemahiran belia negara

Dalam Institut Kemahiran Belia Negara ada beberapa tingkat program yang di tawarkan. Antaranya ialah:

  • Sijil Kemahiran (SKM/ DKM/ DLKM) tahap 1 hingga 5
  • Persijilan JKKP
  • Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
  • Diploma MQA

Cara Hendak Membuat Permohonan Kemasukan Ke Institut Kemahiran Belia Negara

Untuk membuat permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara, anda perlu membuat permohonan secara online. Cara untuk membuat permohonan Institut Kemahiran Belia Negara secara online adalah seperti berikut:

  1. Untuk membuat permohonan Institut Kemahiran Belia Negara secara online, anda perlu pergi ke website rasmi eKampus atau klik di sini
  2. Bagi yang belum mempunyai akaun, anda perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu dengan cara klik pautan “Daftar Sebagai Pemohon”
  3. Kemudian anda akan di bawa ke bahagian pendaftaran akaun. Kemudian, anda perlu mengisi segala maklumat yang di minta. Setelah selesai mengisi segala maklumat tersebut anda perlu klik pautan “Daftar”
  4. Selepas itu, anda perlu log masuk semula dengan menggunakan ID Pengguna dan nombor akaun yang telah anda daftarkan tadi.
  5. Kemudian, untuk membuat pendaftaran kemasukan anda perlu pergi ke bahagian Menu, dan dalam submenu Permohonan Baru, dan kemudian klik menu Program Lepasan SPM/SKM/ST untuk membuat permohonan kemasukan.
  6. Selain dari memohon cara di atas, anda juga boleh membuat permohonan kemasukan di laman web rasmi UPU

Institut Kemahiran Belia Negara Adalah Sebuah IPT Yang Memberi Peluang Kepada Pelajar Untuk Mencebur Bidang Kemahiran

Kesimpulanya, dengan adanya IKBN, ia memberi peluang kepada pelajar untuk mmeberi peluang kepada pelajar untuk mempunyai kemahiran tertentu di mana dengan kemahiran yang mereka ada dapat membantu dalam menghadapi dunia pekerjaan nanti.

Leave a Comment