Inisiatif CERDIK : Permohonan dan Semakan bantuan laptop percuma 2021

Inisiatif CERDIK  Menerusi Belanjawan 2021 yang sebelum ini dibentangkan di Dewan Rakyat, kerajaan telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 Juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang diselia oleh Yayasan Hasanah

Apakah Inisiatif CERDIK?

CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data bernilai RM150 juta kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Syarat Kelayakan Inisiatif Cerdik 2021

Semua murid yang berkelayakan dari kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih akan dibekalkan dengan peranti digital.

Berikut adalah kriteria bagi murid:

  • Golongan terpinggir (B40, ibu bapa tunggal, keperluan khas, Orang Asli)
  • isi rumah dengan pendapatan ≤ RM4,849/bulan
  • Tidak mempunyai akses terhadap pembelajaran atas talian

Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid. Sekolah-sekolah tersebut haruslah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan pelaksanaan program dan penyaluran khidmat sokongan.

Bagaimana untuk mengetahui sama ada anak saya layak menerima peranti ini?

Peranti akan dibekalkan secara berperingkat mulai Februari 2021 dan murid akan dimaklumkan seminggu sebelum tarikh penerimaan.

Anak saya adalah murid yang layak dan tidak ada dalam senarai. Bagaimana saya boleh memohon untuk menyertai program ini?

CERDIK merupakan suatu inisiatif rintis bagi sekolah-sekolah yang disenaraikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Oleh itu, bekalan peranti akan disalurkan kepada pihak sekolah, dan bukannya melalui permohonan.

Anak saya memerlukan komputer riba. Bagaimana saya boleh memohon?
CERDIK merupakan projek rintis e-learning di mana peranti akan diedarkan kepada murid-murid dari kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan bukannya melalui proses permohonan. Murid yang layak serta ibu bapa mereka akan dimaklumkan sebelum tarikh pengagihan.

Jenis Peranti Yang Akan Dibekalkan

Sekolah terpilih akan menerima komputer riba (i3 atau setara) atau iPad. Peranti ini akan dibekalkan dengan tempoh jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan.

Peranti akan dibekalkan dengan sambungan rangkaian 3G/4G bersama data sebanyak 15GB/bulan untuk tempoh minimum 12 bulan.

Peranti ini juga akan menjadi hak milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

BACA :  Cara Login Dan Kemaskini Pengkalan Data Murid 2021

Tarikh Pemberian Peranti

Peranti akan mula diedarkan ke sekolah mulai Februari 2021, dan penghantaran akan diteruskan sepanjang tahun.

Murid akan dimaklumkan seminggu sebelum tarikh penerimaan.

Prosedur bagi pinjaman peranti di bawah inisiatif CERDIK adalah mirip kepada Skim Pinjaman Buku Teks. Pakej peranti dan sambungan data akan disumbangkan kepada sekolah yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman kepada murid yang layak.

Penalti sebanyak RM300 akan dikenakan sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan. Ini adalah untuk mendorong penggunaan peranti yang betul.

SHare berita baik di Whatapps Group dan Facebook kawan-kawan dan ahli keluarga anda yang terdekat supaya tiada yang terlepas bantuan tablet percuma

31 thoughts on “Inisiatif CERDIK : Permohonan dan Semakan bantuan laptop percuma 2021”

  1. Saya ingin memohon bantuan ini untuk keperluan belajar dirumah, kerna di rumah cuma ada satu telefon pintar yang harus di kongsi dengan adik dan abang

    Reply
  2. Saya nak mohon ni untuk belajar ,saya nk mohon dua kalau boleh boleh sebab saya ni kembar , jdi kalau saya kongsi kerja ,jdi bnyak msalah lgi nk tukar email ,lagi dan nak log in masuk lagi email, saya berharap sangat untuk terima permohonan saya ni, harap di persetujui

    Reply
  3. Hi, good afternoon, I would like to apply the laptop for my son studying in sekolah rendah.
    Is great to get the help from government.

    Reply
  4. Saya memohon untuk anak saya yg skrang ne 4org kongsi satu hp.saya seorang nelayan x mampu untuk beli.harap pihak tuan faham keadaan anak-anak saya belajar secara online sekrng ne.terima kasih.

    Reply
  5. Saya memohon untuk saya berlajar drumah ..saya sangat2 memerlukan..saya harap permohonan saya d terima

    Reply
  6. Sy ingin mohon tuk 2 org anal sy…arap sgt dapat agar kelancaran pembelajaran anak2 d rumah…sy seorg ibu yg susah n skarang menanggung 3 org anak…arap dapat d pertimbangkan..

    Reply
  7. Saya amat memerlukan gajet ni untuk keperluan anak2 saya belajar online..Saya mempunyai 3 anak terpaksa berkongsi 1 telefon saya..Kadang-kadang anak bongsu saya xdapat mengikuti kelas online sebab berselisih dengan jadual abang2 nya..Terima kasih

    Reply

Leave a Comment