i Citra KWSP : Cara Permohonan Online Baru Dan Semakan Status 2021

i Citra KWSP- i Citra merupakan salah satu kemudahan bantuan Covid-19 yang telah di berikan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai KWSP.

i Citra KWSP merupakan kesinambungan daripada i-Lestari dan i-Sinar sebelum ini yang mana ia memberi manfaat dan sangat membantu dalam meringankan beban rakyat negara kita yang mengalami masalah kewangan. Justeru itu, apabila kerajaan mula membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0, ramai yang berharap agar Wang KWSP mereka dapat di benarkan untuk di bawa keluar sekali lagi bagi tujuan perbelanjaan sewaktu PKP.

i Citra KWSP Mula Membuka Permohonan Mulai 12 Julai 2021

i Citra KWSP

Disebabkan itu, kerajaan dan juga pihak KWSP mula memperkenalkan i citra kwsp online bagi menggantikan i-Lestari dan i-Sinar yang diperkenalkan sebelum ini.

Ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh permohonan i Citra KWSP ini akan mula di buka? Untuk pengetahuan para pemabaca semua, permohonan i Citra KWSP akan di buka mulai esok iaitu 12 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 .

Proses daftar i Citra KWSP boleh di buat melalui i citra kwsp online” iaitu di Laman Web i Citra KWSP online  bagi yang sudah membuat permohonan melalui i-Lestari dan i-Sinar pada sebelum ini, untuk kali ini anda perlu membuat i citra kwsp permohonan baru kerana ia bukanlah secara automatik

Syarat i Citra KWSP Permohonan Online

Sama seperti permohonan sebelum pengeluaran sebelum ini, i Citra KWSP ini juga mempunyai beberapa syarat kelayakan yang telah di tetapkan. Syarat i citra kwsp permohonan online juga tidak jauh beza berbanding syarat permohonan sebelum ini. Syaratnya adalah seperti berikut:

  • Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah termasuklah bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya minimum RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan
  • Ahli yang telah memohon i-Lestari dan i-Sinar layak memohon namun tertakluk pada syarat kelayakan 1 & 2 seperti di atas
  • Anggota Perkhidmatan Awam. *Berkemungkinan akan berdepan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak

Baca Juga: Info Terkini Semakan & Tarikh Pengkreditan Bantuan JKM 2021

i Citra KWSP

Jumlah Pengeluaran i Citra KWSP Akaun 1 atau 2 Yang Dibenarkan

Walaupun kita sudah boleh mengeluarkan wang dari KWSP kita, tetapi ada jumlah pengeluaran yang di benarkan untuk kita bawa keluar. Tetapi pihak KWSP telah menetapkan jumlah had pengeluaran yang telah di benarkan. Bukan itu sahaja, pengeluaran juga akan di bayara secara berperingkat. Jumlah pengeluaran yang di benarkan ialah:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  • Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah:

Senario 1Senario 2Senario 3Senario 4
Amaun Kelayakan (RM)5,0004,5153,030947
Bayaran Pertama (RM)1,0001,0001,000940
Bayaran Kedua (RM)1,0001,0001,000
Bayaran Ketiga (RM)1,0001,0001,000
Bayaran Keempat (RM)1,0001,000
Bayaran Kelima (RM)1,000510

i Citra KWSP Akaun Mana Yang Akan Di Keluarkan?

Pasti ada antara anda yang tertanya-tanya, pada kali ini, i Citra KWSP akaun mana yang akan di keluarkan terlebih dahulu? Pada kali ini, bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, barulah simpanan dalam i citra kwsp akaun 1 akan digunakan.

Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah ini:

Senario 1Senario 2Senario 3
Baki Akaun 1 (RM)20,00020,00020,000
Baki Akaun 2 (RM)7,0003,0000
Amaun Kelayakan (RM)5,0005,0005,000
Amaun Pengeluaran Daripada:
Akaun 2 (RM)5,0003,0000
Akaun 1 (RM)02,0005,000

Cara Membuat Pendaftaran i Citra KWSP

Cara untuk membuat pendaftaran i citra KWSP online adalah seperti berikut:

1- Layari Portal i-Citra : iCitra Online

2- Isikan No. MyKad dan No. Telefon

3- Tekan teruskan dan sahkan identiti dengan masukkan No. OTP atau Soalan Keselamatan

4-Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan

A. Skrin akan memaparkan jumlah maksium Amaun Pengeluaran

B. Tetapkan Amaun Pilihan dengan menggerakkan penunjuk

5- Tekan Teruskan

6-Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan Teruskan

7-Semak semua maklumat dan tandakan kotak sebelum tekan HANTAR. Selesai

i Citra KWSP

Soalan Lazim

1- Mengapakah ahli perlu mengekalkan simpanan minimum di dalam Akaun 1 sebanyak RM100?

Simpanan minimum RM100 perlu dikekalkan dalam Akaun 1 agar dapat mengekalkan status sebagai ahli KWSP.

2- Bagaimanakah cara untuk memohon Pengeluaran i-Citra?

Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. Bagaimanapun, portal ini hanya boleh diakses bermula 12 Julai 2021.

3- Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?

Boleh, tertakluk kepada kelayakan seperti yang dinyatakan dalam Soalan 2.

4- Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?

Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

5. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?

Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online. Bagaimanapun, pembayaran i-Citra melalui kaedah Arahan Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

6. Bayaran bulanan i-Citra akan terhenti sekiranya;

  • Ahli yang memohon mencapai umur 55 tahun; atau
  • Terdapat apa-apa pengeluaran penuh diluluskan (contoh: Pengeluaran Hilang Upaya, Meninggalkan Negara, Kematian dan lain-lain); atau
  • Ahli membuat pembatalan i-Citra

5. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?

Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan. Permohonan semula tidak dibenarkan.

6- Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?

Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.

7- Apakah yang akan berlaku kepada caruman bulanan ahli selepas bayaran Pengeluaran i-Citra tamat?

Sekiranya amaun Pengeluaran i-Citra menggunakan simpanan daripada Akaun 1, semua caruman baharu akan dimasukkan sepenuhnya ke dalam Akaun 1 sehingga mencukupi amaun yang telah dikeluarkan. Setelah itu, caruman ahli akan kembali seperti biasa (70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2).

Rasional bagi mengisi semula simpanan di dalam Akaun 1 adalah untuk memastikan ahli mempunyai simpanan selepas persaraan.

8- Bagaimanakah ahli boleh menyemak jumlah simpanan KWSP mereka?Ahli boleh menyemak jumlah simpanan mereka melalui:

  • i-Akaun (Ahli)
  • Aplikasi mudah alih i-Akaun
  • Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)

10. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini i citra KWSP semakan?

Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:

  • Menu Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
  • Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Leave a Comment