i-Akaun KWSP: Cara Mendaftar Akaun I-Akaun Dan 5 Fungsi I-Akaun

i-Akaun KWSP- Bila sebut sahaja mengenai KWSP, siapa je yang tidak kenal. Semua rakyat Malaysia sangat mengenali salah satu agensi kerajaan ini.

I AKAUN KWSP

Tidak kiralah sama ada bekerja dalam sektor kerajaan mahupun bekerja di dalam sektor swasta, potongan KWSP ini adalah antara potongan yaang wajib dilakukan oleh majikan pada setiap bulan. Potongan KWSP yang dilakukan pada setiap bulan adalah untuk tujuan tabungan dan untuk kegunaan di hari tua nanti.

Selain itu, dengan potongan KWSP yang telah dilakukan pada setiap bulan ini juga, dapat membantu anda dalam kegunaan bagi tujuan yang penting seperti pembayaran pendidikan dan sebagainya.

Cara Mendaftar i-Akaun KWSP 

I AKAUN KWSP

Suatu masa dahulu, untuk melakukan pelbagai urusan berkaitan KWSP mungkin satu perkara yang agak melecehkan. Ini kerana, kita terpaksa pergi ke kaunter KWSP untuk melakukan sebarang urusan. Tetapi, pada masa kini KWSP telah memperkenalkan satu sistem yang mana anda boleh melakukan segala urusan KWSP dengan mudah. Sistem tersebut di panggil sebagai i-Akaun KWSP. 

Bagi mereka yang sdah mula mencarum dengan KWSP, sangat digalakkan untuk mendaftar dan mempunyai i-Akaun KWSP. Ini kerana, dengan adanya i-Akaun ia sangat memudahkan kita untuk melakukan segala transaksi berkaitan dengan KWSP.

Ia secara tidak langsung sangat menjimatkan masa kita dan sangat memudahkan kita. Namun begitu, untuk menggunakan i-Akaun anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut:

1- Dapatkan ID & Kata Laluan Sementara

Untuk mendaftar i-Akaun KWSP, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan mendapatkan ID dan Kata Laluan sementara terlebih dahulu. Untuk mendapatkan ID dan Kata Laluan sementara ini anda perlu mendapatkanya di kaunter KWSP atau di kiosk KWSP. ID dan Kata Laluan sementara ini abda boleh tukar apabila anda sudah berjaya mendaftar akaun i-Akaun KWSP

Baca Juga: MUET 2021- Cara Pendaftaran Dan Tarikh Peperiksaan MUET

2- Layari Portal Rasmi KWSP

Selepas itu, anda boleh mula mendaftar akaun dengan melayari laman Web Rasmi KWSP. Kemudian, anda perlu pilih Log Masuk di tab menu dan tekan i-Akaun (Ahli). Kemudian, anda perlu masukkan ID dan kata laluan sementara yang telah anda dapat melalui SMS.

3- Cipta ID Pengguna Dan Kata Laluan Baru

Kemudian, anda perlu baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tandakan betul pada kotak checkbox dan seterusnya anda perlu tekan butang “Seterusnya”. Selepas itu, anda perlu cipta ID pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna dan juga mencipta kata laluan yang baharu. Dalam pada masa yang sama anda perlu juga memilih memilih image dan juga frasa rahsia anda sendiri. Selepas selesai mengisi segala maklumat yang di minta, anda perlu klik Butang “Hantar”

Syarat Pendaftaran i-Akaun KWSP

I AKAUN KWSP

Untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP ini ada beberapa syarat yang telah di tetapkan oleh KWSP. Antara syaratnya ialah:

  1. Anda ialah seorang pencarum KWSP
  2. Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
  3. Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
  4. Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah

i-Akaun KWSP Sangat Memudahkan Kita Dalam Berurusan Dengan KWSP

Kesimpulanya, dengan adanya i-Akaun KWSP ini ia secara tidak langsung sangat membantu kita untuk melakukan transaksi KWSP. Ini kerana, kita tidak perlu keluar meredah kesesakan lalu lintas dan juga hujan panas semata-mata mahu ke kaunter KWSP dan juga kiosk KWSP.

Leave a Comment