Fadilat Surah Al Kafirun : Amalkan Pada Rakaat Pertama Ketika Solat ianya Sangat Ditakuti Iblis

Fadilat Surah Al Kafirun Sangat Ditakuti Iblis. Surah ini sangat popular dan seringkali kita dengar ayah kita atau imam membacanya pada rakaat pertama ketika menunaikan solat. Kita sendiripun sering baca. Sebenarnya sangat besar kelebihan surah ini.

Surah ini jarang-jarang sekali kita dengar dibaca pada rakaat kedua namun ada. Surah yang dimaksudkan adalah Surah al-Kafirun yang merupakan surah ke 109 dalam Al-Quran.

Surah al-Kafirun diturunkan dikala kaum musyrikin berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad SAW dengan menawarkan kekayaan supaya sehingga menjadi orang yang paling kaya di kota Makkah. baginda juga dijanjikan akan dikahwinkan dengan sesiapa sahaja yang baginda mahu.

Mereka memberikan syarat supaya Nabi Muhammad SAW harus menyembah berhala. Namun baginda menolak usul tersebut.

Jika diamalkan surah ini setiap hari, ia juga mempunyai kelebihan tersendiri sepertimana surah-surah yang lain. Antara kelebihan jika mengamalkan surah ini adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

1. Mengajar Agar Bertolak Ansur Dalam Beragama

Kandungan surah ini mengajar kita supaya bertolak ansur dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing.

Al-Quran memerintahkan agar kita menghormati penganut agama lain. Bertepatan dengan potongan akhir ayat ini yang bermaksud ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.

Walaupun harus menghormati, tiada tolak ansur dalam hal yang berkaitan dengan keimanan dan ibadah. Menurut Imam Qurthubi, sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau mengiyakan kebenaran mereka.

Sebaliknya keimanan diri haruslah teguh disamping menbebaskan diri dari kemusyrikan dan kemunafikan. Ianya bertepatan dengan salah satu keutamaan dalam Surah Al-Kafirun.

2. Surah Al Kafirun Sangat Ditakuti Iblis

Kenapa dikatakan Surah Al Kafirun sangat ditakuti iblis kepada mereka yang mengamalkannya? Seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

“Tidak ada dalam Al-Quran yang lebih ditakuti Iblis daripada Qul Ya Ayyuhal-Kafirun, kerana ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.

Imam Ja’far berkata “Bacalah 7 kali Surah ini setiap hari bagi menjaga iman. Barang siapa membiasakan diri membacanya pada saat matahari terbit dan terbenam, maka ia akan bebas dari keraguan, kesyirikan dan keyakinan yang buruk”

3. Pahala Membaca Sama Dengan Satu Perempat Al-Quran

Pahala membaca surah al-Kafirun sama dengan membaca satu perempat dari Al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Annas RA: “Qul Ya Ayyuhal-Kafirun senilai dengan seperempat Al-Quran.” Hadis ini dianggap oleh Hasan al-Albani dalam kitab Silsilah Alhadits Sahihah.

Ini kerana Surah Al-Kafirun berisi keterlepasan dari syirik (tauhid atau kalimat syahadat yang pertama). Sebab itulah kandungan surah ini setara dengan satu perempat Al-Quran.

Syeikh al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmidzi menyebutkan bahawa kandungan dalam memiliki hukum-hukum yang terkait dengan dua kalimat syahadat serta penjelasan tentang kehidupan dunia dan akhirat.

Menurut Syeikh Ibn Baz pula, membaca empat kali surah ini sama seperti khatam Al-Qur’an. Namun ianya tidak bermakna setelah itu anda tidak perlu lagi membaca Al-Quran kerana seorang muslim itu hendaklah membaca Al-Quran setiap hari sebagai rutin.

Hadis di atas juga bertujuan untuk memotivasi setiap kaum muslimin agar membaca dan mengamalkan surah-surah yang mempunyai fadhilat yang besar.

4. Dianjurkan Membacanya Dalam Solat-Solat Malam

Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadis Jabir bin Abdullah yang bermaksud: “Seorang laki-laki berdiri lalu mengerjakan solat fajar dua rakaat. Ia membaca pada rakaat pertama Qul Ya Ayyuhal-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul Huwallahu Ahad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa.

Lalu Nabi Saw bersabda yang bermaksud: “Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya”. Thalhah berkata: “Maka aku suka membaca dua surat ini dalam dua rakaat ini”.

5. Dibaca Sebelum Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan

Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah Qul Ya Ayyuhal-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan”.

Bila dibaca dengan Al Ikhlas akan memperteguhkan lagi keimanan dan membebaskan kemunafikan. Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i dengan berkata: Dikatakan Qul ya Ayyuhal-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, keduanya membebaskan dari kemunafikan.

Semoga bermanfaat

Leave a Comment