ePangkat- Cara Login Dan 6 Fungsi ePangkat

ePangkat adalah satu lagi sistem yang di bangunkan oleh kementerian pelajaran Malaysia untuk memudahkan para guru menyemak status kenaikkan pangkat mereka.

Ini kerana, sebelum adanya sistem sebegini, para guru mengalami kesukaran dalam proses keniaikkan pangkat dan ia mengambil masa yang terlalu lama untuk mengetahui keputusanya. Bukan itu sahaja, sebelum adanya sistem ini juga terdapat banyak kelemahan dalam proses kenaikan pangkat guru. Ia sekali gus, menjejaskan imej para guru dan juga KPM

Objektif ePangkat Ini Diwujudkan

Ada beberapa objektif kenapa ePangkat Ini Diwujudkan. Antaranya ialah:

  1. Memudahkan segala proses dan urusan pemangkuan dan juga kenaikan pangkat
  2. Memudahkan segala perancangan bagi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat
  3. Membudayakan sistem kerja yang cekap serta sistematik melalui aplikasi ICT
  4. Memupuk tanggungjawab bagi sentiasa mengemaskini serta melengkapkan data naik pangkat bagi setiap peringkat
  5. Menyediakan sistem maklumat bagi kenaikan pangkat yang teratur serta fleksibal bagi memenuhi kepeluan ahli KPM serta stakeholders

Fungsi Yang Terdapat Dalam Portal ePangkat

Di dalam portal ePangkat ini ada terdapat bermacam fungsi yang ditawarkan untuk memudahkan para permohonan pertukaran para guru. Antara fungsinya ialah:

  1. Proses pemangkuan
  2. Menangani isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
  3. Kenaikan Pangkat
  4. Penempatan pemangkuan
  5. Pertukaran jawatan
  6. Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Baca Juga: Portal DELIMa KPM- Cara Login Dan 6 Fungsi Terdapat Di Dalamnya

Cara Login Ke Dalam Sistem ePangkat

Sebelum hendak login ke dalam sistem, pengguna perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Caranya adalah seperti berikut:

1- Untuk mendaftar perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah pergi ke portal rasmi ePangkat atau anda boleh klik di sini

2- Kemudian, anda perlu klik butang butang “Belum Berdaftar?”

3- Selepas itu, anda akan dibawa ke laman pendaftaran akaun. Di sini anda perlu mengisi beberapa maklumat penting. Antaranya ialah:

  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  • Pilih kata laluan
  • Sahkan kata laluan
  • Sila ingat kata laluan yang telah anda masukkan
  • Disarankan agar salin pada kertas dan disimpan di tempat yang selamat.
  • Ini penting bagi mengelakkan sebarang masalah pada kemudian hari.
  • Kata Laluan anda boleh diubah selepas ini apabila anda log masuk ke dalam Sistem ePangkat.
  • Masukkan alamat emel
  • Akhir sekali anda perlu klik butang “Hantar” dan tunggu emel pengesahan untuk langkah seterusnya. Seterusnya, anda boleh login menggunakan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah anda daftarkan tadi.

Kategori Pengguna Sistem ePangkat

Terdapat beberapa kategori yang pengguna di dalam sistem ini. Antaranya ialah:

Bil Kategori Pengguna Keterangan
1. Calon Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah dan Bukan Siswazah) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
2. Ketua Jabatan Pengetua dan Guru Besar di sekolah, Pengarah / Ketua sama ada di JPN / PPD / Bahagian-bahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM
3. Urus setia Kenaikan Pangkat Unit Naik Pangkat di JPN / Bahagianbahagian di KPM, IPGM/IAB dan KM
4. Urus setia (mengeluarkan iklan, memproses dan memperakukan calon) • Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) – Urus setia Guru Cemerlang• Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) – Urus setia Pengetua Cemerlang, Guru Besar Cemerlang dan Pengelola Cemerlang

• Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) – Urus setia Pegawai Cemerlang

• Cawangan Naik Pangkat, BPSM – Urus setia Hakiki / Time-Based

ePangkat Sangat Memudahkan Dan menjimatkan Masa

Kesimpulanya, dengan adanya sistem pangkat sebegini ia secara tidak langsung sangat memudahkan urusan kenaikan pangkat guru-guru di seluruh Malaysia dan seterusnya dapat menjimatkan masa. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengelakkan dari berlakunya masalah sewaktu proses permohonan kenaikkan pangkat guru.

Leave a Comment