eOperasi- Cara Membuat Pendaftaran Dan 6 Maklumat Yang Boleh Dikemaskini

eOperasi. Apa portal eOperasi ini? Apa fungsinya dan bagaimana ia boleh membantu para guru? Kebanyakan guru di negara kita mengetahui mengenai portal ini.

Sistem eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Portal ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan tugasan perguruan secara online. Bukan itu sahaja, dalam portal ini juga mempunyai pebagai perkhidmatan yang memudahkann tugasan para guru. Anatranya ialah tugasan kemaskini data, semakan status mereka apabila melakukan pertukaran lokasi dan tempat (semakan penempatan guru) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain lagi.

Cara Membuat Pendaftaran Pengguna eOperasi

Sama seperti portal-portal yang lain, sebelum hendak login dan menggunakan portal, kita perlulah membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu. Begitu juga dengan portal eOperasi ini, setiap guru yang hendak login perlu membuat pendaftaran pengguna dahulu bagi mendapatkan ID. Cara pendaftaranya adalah seperti berikut:

1- Layari Website Rasmi

Untuk membuat pendaftaran, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan melayari laman web rasmi eOperasi di halaman https://eoperasi.moe.gov.my

2- Mula Membuat Pendaftaran

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian halaman utama. Selepas itu, untuk mendapatkan id pengguna anda perlu membuat pedaftaran terlebih dahulu dengan klik pada butang “Pendaftaran Pengguna”. Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian borang pendaftaran pengguna. Di bahagian ini anda perlu mengisi segala dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem. Antara maklumat yang di minta ialah:

  • Nama
  • No.Kad Pengenalan
  • No Gaji
  • ID Pengguna
  • Kata Laluan
  • Pengesahan Kata Laluan
  • Emel
  • Tarikh Lahir
  • Soalan Keselamatan 
  • Jawapan Soalan Keselamatan

Sewaktu, mengisi borang pendaftaran ini, perkara paling penting yang perlu anda ambil berat ialah, kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan yang telah di isi, anda perlu ingat kerana ia adalah antara perkara penting yang diperlukan jika anda hendak menukar kata laluan.

Selepas anda selesai mengisi borang pendaftaran, anda perlu klik butang “SIMPAN” untuk proses pendaftaran. Kemudian, anda akan mendapat emel pengesahan pendaftaran. Selepas itu, anda boleh log masuk dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah anda daftarkan tadi dan boleh menggunakan portal seperti biasa.

Baca Juga: SPLKPM – Cara Login Dan 5 Kursus Di Dalamnya

Antara Maklumat Yang Boleh Dikemaskini Di Dalam Sistem eOperasi

Di dalam sistem eOperasi ini, ada beberapa maklumat yang guru boleh kemaskini dari semasa ke semasa. Antaranya ialah:

1- Maklumat Staf

  • maklumat pasangan
  • maklumat subjek ajar
  • maklumat akademik
  • maklumat ikhtisas
  • maklumat sejarah perkhidmatan
  • maklumat peribadi
  • maklumat perkhidmatan
  • maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru

2- Maklumat Enrolmen

  • enrolmen ikut kelas
  • enrolmen ikut subjek
  • enrolmen ikut elektif

3- Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan

  • Permohonan
  • Semakan
  • Kelulusan
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan

4- Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

  • Kedudukan guru
  • Pengisian opsyen
  • kurang / lebih mengikut opsyen

5- Instrumen

  • Penilaian program orientasi guru baru
  • Penilaian seminar

6- Maklumat Subjek

  • Analisis pemantauan
  • Subjek Elektif
  • MPV
  • PAV

Kini Segalanya Hanya Di Hujung Jari Sahaja

Kesimpulanya, teknologi adalah salah satu perkara yang penting pada masa kini. Tanpa teknologi sukar untuk kita menjalankan tugasan kita dengan lebih teratur dan lebih effisien. Begitu juga dengan para guru, dengan adanya sistem teknologi yang canggih seperti eOperasi ia sangat membantu dan memudahkan para guru dalam mengemaskini segala maklumat mereka pada bila-bila masa dan di mana pun jua mereka berada.

Leave a Comment