Elaun Pegawai Kerajaan 2021 Akan Dipotong? Apa Yang Guru Wajib Tahu

Elaun Pegawai Kerajaan- Penjawat awam merupakan tulang belakang bagi kerajaan, Penjawat awam banyak membantu dalam melancarkan urusan kerajaan.

Elaun Pegawai Kerajaan

Justeru itu, tidak hairanlah penjawat awam banyak mendapat pelbagai manfaat dan kelebihan seperti bonus, kenaikkan gaji dan juga mendapat pelbagai elaun. Justeru itu, tidak hairanlah kenapa ramai yang ingin memohon bekerja sebagai penjawat awam.

Elaun Penjawat Awam Bakal Di Potong Bagi Membantu Penularan Wabak Covid-19

Malam  tadi perdana menteri telah mengumumkan pakej bantuan pemerkasa bagi membantu mereka yang terjejas dalam wabak Covid-19 ini. Bermacam pakej bantuan telah di umumbagi meringankan beban yang di tanggung oleh mereka yang terkesan dengan wabak covid-19 ini. Bukan itu sahaja, pelbagai inisiatif serta peruntukan telah di umukan oleh kerajaan bagi mengukuhkan lagi sistem kesihatan negara kita.

Dalam pengumuman tersebut juga kerajaan ada menyebut bahawa elaun pegawai kerajaan bakal di potong sebagai tanda sokongan bagi membendung penularan wabak covid-19 ini. 

Elaun Penjawat Awam Bakal Di potong Selama 3 Bulan

Elaun pegawai kerajaan dan semua menteri serta timbalan akan di potong selama 3 bulan dan ke semua elaun tersebut akan di masukkan ke dalam Akaun Amanah Bencana Negara. Wang dari akaun ini bakal di gunakan bagi kegunaan Pengurusan wabak covid-19.

Elaun Pegawai Kerajaan

Berapa Jumlah Keseluruhan Elaun Pegawai Kerajaan Yang telah Di Potong?

Sebahagian, daripada Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi Pengurusan Tertinggi dan Gred 44 sehingga gred 5, serta Imbuhan Tetap Khidmat  Awam (ITKA) bagi gred 29 hingga gred 41 yang di nikmati oleh pegawai kerajaan pada masa kini akan di sumbangkan kepada Akaun Amanah Bencana.  Ia melibatkan lebih daripada 800 ribu pegawai kerajaan tidak termasuk frontliners serta penjawat awam Gred 1 sehingga gred 26. Jumlah keseluruhan di anggarkan sebanyak lebih dari RM 30 Juta.

Baca Juga: Mufti Perak menghadap Ilahi petang tadi

Berapakah Penetapan Sumbangan??

Penetapan sumbangan berdasarkan gred adalah seperti berikut:

GRED

Kadar Sumbangan

ELAUN

TEMPOH

JUSA A ke atas

50 peratus

ITK 3 BULAN
JUSA B

20 peratus

ITK

3 BULAN

JUSA C

10 peratus

ITK

3 BULAN

44 hingga 56

5 peratus

ITK

3 BULAN

29 hingga 41

RM 10

ITKA

3 BULAN

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata, 

“Kita memahami penjawat awam khususnya sentiasa menjadi tulang belakang kerajaan dalam usaha mengimbangi nyawa dan kehidupan.

“Sumbangan ini adalah tanda kebersamaan penjawat awam dalam menyokong usaha kerajaan bagi memerangi dan melandaikan keluk jangkitan pandemik COVID-19 di negara kita.

Elaun Pegawai Kerajaan

“Semoga pengorbanan ini menjadi asbab kebaikan dalam kehidupan bagi setiap anggota perkhidmatan awam dan ahli keluarga kita,” katanya hari ini.

Beliau turut menyeru penjawat awam meneruskan ikhtiar dan meningkatkan komitmen memberi penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara dalam mengharungi tempoh mencabar ini.

Kita Perlu Berganding Bahu Dalam Memerangi Wabak Covid-19 Ini

Kesimpulanya, dalam emmerangi wabak Covid-19 ini, semua pihak perlu besama-sama berganding bahu agar wabak ini tidak merebak dan dapat di cegah. Ia supaya kita dapat menikmati kehdupan seperti sedia kala.

Sumber Rujukan: Berita Harian

Leave a Comment