Eg Tukar Jun 2021: Cara Permohonan Dan Syarat Permohonan

Eg Tukar merupakan salah satu sistem yang di gunakan oleh para guru sekolah di seluruh Malaysia untuk membuat permohonan pertukaran sekolah.

Eg Tukar

Kalau dahulu proses pertukaran guru menggunakan cara manual di mana ia memakan masa yang terlampau lama dan kadang-kala boleh menyebabkan kesilapan dan belaku keciciran dalam proses petukaran pelajar. Akibatnya, proses pertukaran tersebut menjadi bermasalah. Disebabkan itulah, wujudnya sistem sebegini pada masa kini.

Eg Tukar Adalah Salah Satu Sistem Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM

Disebabkan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu sistem yang di panggil Eg Tukar. Eg Tukar ini berperanan sebagai satu platform untuk guru di Malaysia memohon pertukaran mengajar ke tempat lain. Dengan adanya sistem Eg Tukar ini, proses pertukaran guru akan menjadi lebih cepat dan tidak berlaku kesilapan maklumat sewaktu proses pertukaran guru dilakukan.

Syarat Permohonan Pertukaran Guru Eg Tukar

Walaupun sistem ini membantu para guru untuk memudahkan pertukaran guru. Tetapi pertukaran guru bergantung beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh KPM. Anataranya ialah:

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan

2. Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan

3. KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan

4. Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri / pejabat pendidikan daerah / bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM

Baca Juga: Modul PDPR TINGKATAN 5: Panduan Dan Koleksi Modul PDPR 2021

Eg Tukar

Siapa Pegawai Pendidikan Yang Boleh Memohon Pertukaran??

Untuk membuat permohonan pertukaran, ada beberapa jenis pegawai pendidika yang boleh memohon pertukaran. Antaranya ialah:

  • DG29
  • DG32 (KUP TIME-BASED)
  • DG34 (KUP TIME-BASED)
  • DG38 (KUP TIME-BASED)
  • DG41
  • DG42
  • DG44 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG48 (KUP TIME-BASED)
  • DG54 (KUP TIME-BASED)

Eg Tukar

Guru Yang Tidak Layak Memohon Pertukaran

Walaupun Eg Tukar ini adalah untuk memudahkan guru membuat permohonan pertukaran, tetapi tidak semua kategori guru boleh membuat permohonan pertukaran. Sebaliknya, ada beberapa kategori guru yang tidak boleh membuat permohonan pertukaran kerana beberapa sebab yang telah ditetapkan oleh KPM. Antaranya ialah:

  • Guru interim yang sedang mengikuti kursus dalam cuti (KDC)
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji / separuh gaji
  • Guru yang sedang mengikuti kursus / cuti belajar
  • Guru yang dalam proses atau sedang dikenakan tindakan tatatertib
  • Guru DG42 yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat
  • Guru cemerlang yang sedang memangku yang belum dinaikkan pangkat

Tarikh Semakan Status Permohonan Kelulusan Eg Tukar

Tarikh semakan status permohonan kelulusan Eg Tukar biasanya akan di buka sebanyak 2 kali setahun. Iaitu pada Januari dan juga Jun. Untuk tahun ini tarikh semakan di buk pada:

Sesi Januari 2021

Tarikh semakan keputusan pertukaran guru Sesi Januari 2021 :

Antara Negeri/Bahagian : 12 Disember 2020
Antara Daerah/Dalam Daerah : 31 Disember 2020

Tarikh semakan penempatan bagi guru yang lulus pertukaran Sesi Januari 2021 :

Antara Negeri / Bahagian / Daerah / Dalam Daerah : 31 Disember 2020
Sesi Jun 2021

Tarikh semakan keputusan pertukaran guru Sesi Jun 2021 :

Antara Negeri/Bahagian : akan dikemaskini kemudian

Antara Daerah/Dalam Daerah : akan dikemaskini kemudian

Untuk semakan status permohonan ia boleh di buat di Laman Rasmi EgTukar KPM

Leave a Comment