Ebelia shopee : Panduan cara tebus kredit e-belia

Ebelia shopee, untuk belia-belia berumur 18-20 tahun

Program E-Belia telah secara rasminya dilancarkan dan korang dah boleh mula claim RM150 dalam bentuk kredit e-wallet dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021. Amaun RM150 ni nanti akan dikreditkan dalam e-wallet pilihan korang dan boleh digunakan sehingga 31 Julai.

Ada 4 merchant yang korang boleh tuntut kredit E-Belia bernilai RM150 ni, syaratnya, korang kena ada dan pastikan e-wallet dalam aplikasi pilihan korang tu aktif dan dah disahkan. Salah satu merchant yang terlibat adalah Shopee, melalui ShopeePay.

Sekiranya anda pengguna tegar Shopee, eloklah kiranya anda memilih untuk tebus kredit tersebut melalui ShopeePay.

Tambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing.

Sama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.

Kredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

Claim RM150, Dapat RM500 

Sekiranya korang tuntut kredit ni dengan ShopeePay, korang akan mendapat pelbagai ganjaran tambahan bernilai RM500 (guaranteed) dalam bentuk voucher, coin dan lain-lain lagi dari Shopee.

 

Cara nak claim dari Shopee pun tak susah, korang ikut step ini :

  • Aktifkan serta sahkan ShopeePay
  • Korang akan diminta masukkan nama (seperti kad pengenalan) dan nombor kad pengenalan
  • Masukkan PIN yang akan dihantar oleh Shopee ke nombor yang didaftarkan dalam sistem
  • Setkan PIN keselamatan untuk ShopeePay
  • Sahkan kad pengenalan (Perlu snap gambar IC dan selfie)
  • Tunggu 24 jam untuk pengesahan dari Shopee
  • Claim RM150 eBelia

Ekstra ganjaran berjumlah RM650 dari Shopee akan dikreditkan ke dalam akaun Shopee anda secara automatik selepas 1-2 hari penebusan eBelia

 

 

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment