Doa Tidur- Maksud, Bacaan Rumi Dan 3 Amalan Sunat Sebelum Tidur

Doa Tidur

Doa Tidur- Seetiap kali seblum tidur kita disunatkan untuk membaca doa terlenih dahulu supaya dapat tidur yang nyenyak tanpa sebarang gangguan.

Bacaan Doa Tidur Berserta Maksudnya

Doa Tidur

Bacaan doa tidur yang betul yang betul berserta maksudnya adalah seperti berikut:

Bacaan Dalam Rumi:

Bismikallohumma ahya wa amuutu

Maksudnya:

Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, aku hidup dan aku mati

Bacaan Doa Bangun Dari Tidur

Doa Tidur

Selain dari membaca doa tidur, kita juga di sunatkan untuk membaca doa selepas bagun dari tidur. Ia sebagai tanda rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita kesempatan untuk bernafas semula selepas tidur. Ada juga bacaan doa yang boleh kita amalkan selepas bangun dari tidur, bacaanya adalah seperti berikut:

Bacaan Dalam Rumi:

Alhamdu lillahil ladzii ahyaanaa ba’da maa amaa tanaa wa ilahin nusyuuru

Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan

Baca Juga: Doa Selepas Solat Rumi- 2 Contoh Doa Yang Boleh Di Baca Selepas Solat

Doa Selepas Dapat Mimpi Buruk

Selain dari doa tidur dan doa bangun tidur, ada satu lagi yang boleh anda baca iaitu doa selepas dapat mimpi buruk. Mimpi buruk berlaku disebabkan ganguan syaitan sewaktu di dalam tidur kita. Justeru itu, apabila terjaga kerana dapat mimpi buruk, anda boleh amalkan doa ini untuk kembali dapat tidur yang lena.

Bacaan Dalam Rumi

Allaahumma innii a’uudzubika min ‘amalisy syaithaani wa sayyiaatil ahlami

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan kepada Engkau dari perbuatan setan dan dari mimpi-mimpi yang buruk”

Amalan Sunat Sebelum Tidur

Sebelum tidur, seeloknya kita amalkan beberapa amalan sunat supaya dapat tidur yang lena. Antaranya ialah:

  1. Berwuduk
  2. lakukan solat witir
  3. baca doa tidur

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment