2 Kelebihan Doa Tahajud Jika Di Amalkan Selepas Solat

Kelebihan Doa Tahajud- Doa Tahajud biasanya dibacakan selepas selesainya menunaikan solat sunat tahajud. Ia mempunyai pelbagai kelebihan dan kebaikkan kepada diri kita.

Doa Tahajud

Kelebihan Doa Tahajud Yang Wajib Anda Tahu

Antara kelebihan membaca doa tahajud ialah:

1- Penghapus Dosa

Dengan banyak membaca doa tahajut, ia dapat mengelakkan kita dari kita melakukan sebarang dosa. Selain itu, ia juga sebagai salah satu cara untuk memohon kemapunan dan sekali gus dapat menghapuskan dosa kita.

2- Sebagai Salah Satu Cara Mendekatkan Diri Kepada Allah

Selain itu, dengan ia juga dapat memberi peluang kepada kita mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memohon keampunan kepada Allah yang secara tidak langsung. ia menjadikan kita seorang umat islam yang bertaqwa kepada Allah SWT

Baca Juga: Doa tahajjud- Maksudnya dan Bacaan Dalam Rumi Yang Boleh Dijadikan Panduan

Cara Bacaan Doa Tahajud Dalam Bahasa Rumi

Mungkin ada antara kita yang kurang fasih membaca doa dalam bahasa Arab. Jadi, kami sediakan cara bacaan dalam bahasa rumi berserta maksudnya:

Doa Tahajud

Doa Tahajud

Bacaan Dalam Rumi

Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billahi

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment