Doa Solat Dhuha- Maksud Doa Dhuha Dan Bacaan Dalam Rumi 2021

Doa Solat Dhuha- Solat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang sering dilakukan oleh umat islam di negara kita pada setiap pagi

Doa-solat-dhuha

Maksud Doa Solat Dhuha Dan Bacaan Yang Betul Dalam Bahasa Rumi

Sunat Dhuha adalah solat yang dilakukan pada waktu pagi, di antara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor. Solat dhuha dhuha ini mempunyai pelabagai kebaikkan dan kelebihan kepada diri kita terutama sekali Doa Solat Dhuha yang sangat elok di amalkan.

Ianya bukan sahaja elok di amalkan setiap kali selepas solat dhuha tetapi juga elok di amalkan dalam kehidupan seharian kita. Di bawah ini kami terangkan maksud Doa Solat Dhuha. Maksud Doa Solat Dhuha dan cara bacaan dalam rumi adalah seperti berikut:

Doa-solat-dhuha

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma innaddhuhaa’a dhuhaa uka, Walbahaa’a bahaa uka, Waljamaala jamaaluka, Walquwwata Quwatuka, Walqudrota Qudrotuka, Wal’ismata ‘ismatuka, Allahumma inkaana rizqi fissamaa’i fa’anzilhu, Wa’inkaana fil ardhi fa’akhrijhu, Wa’in kaana mu’assaron fayassirhu, Wa’in kaana harooman fathohhirhu, Wa’inkaana ba’idan faqorribhu, Bihaqqi dhuhaa ika wabahaa ika wajamaalika waquwwatika waqudrotika aatini maa ataita min ‘ibaadikassolihiin

Baca Juga: Solat Dhuha-Maksud, Niat Dan 4 Kelebihan Solat Dhuha

Maksudnya:

Ya Allah

Sesungguhnya Waktu Dhuha itu Dhuha-Mu

Kecantikannya Kecantikan-Mu

Keindahannya Keindahan-Mu

Kekuatannya Kekuatan-Mu

Kekuasaannya Kekuasaan-Mu

Perlindungannya Perlindungan-Mu

Doa-solat-dhuha

Ya Allah

Jika rezeki masih di langit, turunkanlah

Jika di bumi, keluarkanlah

Jika sukar, per-Mudahkanlah

Jika haram, sucikanlah

Jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu Dhuha

Kecantikan-Mu, keindahan-Mu

Kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu

Limpahkan kepadaku segala

Yang Engkau telah limpahkan

Kepada hamba-hamba-Mu yang soleh

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment