Doa Selepas Solat- 3 Jenis Doa Simple Yang Boleh Anda Amalkan Selepas Solat

Doa Selepas Solat. Setiap kali selepas solat fardhu atau apa juga jenis solat yang kita lakukan, kita sangat digalakkan untuk membaca doa selepas solat.

Malah, setiap habis menunaikan solat, kita di galakkan untuk duduk sebentar dan membaca doa selepas doa. Justeru itu, tidak hairanlah setiap kali selepas solat fardhu secara berjemaah di surau atau masjid, imam akan duduk sebentar dan membaca wirid serta doa terlebih dahulu.

Doa Selepas Solat

Ada Beberapa Jenis Bacaan Doa Selepas Solat yang Boleh Anda Amalkan

 Ada beberapa jenis bacaan doa selepas solat yang boleh anda amalkan setiap kali selesai menunaikan solat. Antara jenis bacaan doa selepas solat tersebut adalah seperti berikut:

Doa #1

Doa selepas solat 01

Maksudnya:

“Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, dengan pujian yang sesuai dengan nikmat-nikmat-Nya dan memadai dengan penambahan-Nya. Wahai Tuhan kami hanya bagi-Mu segala puji, sebagaimana pujian itu patut terhadap keagungan dan kemuliaan-Mu serta keluhuran Kerajaan-Mu”.

Baca Juga: Kerja Kosong- 5 Tips Awesome Sewaktu Di Interview

Doa #2

Doa selepas solat 01

“Wahai Allah, hidupkanlah kami dengan iman, mati dengan iman dan himpunkanlah kami pada hari Mahsyar dengan iman serta masukkan kami ke dalam syurga bersama iman. Wahai Allah, perteguhkanlah kami bersama iman; keluarkanlah kami dari dunia ini (mati) bersama iman dan perteguhkanlah pendirian kami dengan agama islam serta peliharalah iman kami”.

Doa #3

Doa selepas solat 01

“Wahai Allah, Kami memohon kesejahteraan terhadap agama, dunia dan akhirat, kesihatan tubuh badan, bertambahnya ilmu pengetahuan, keberkahan dalam rezeki, peluang bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat disaat kematian tiba, serta memperolehi keampunan setelah mati. Wahai Allah, permudahkanlah (ringankanlah) kami semasa menghadapi sakaratulmaut, lindungilah kami dari siksaan api neraka serta ampuni kami saat menghadapi hari perhitungan (ketika dihisab) kelak”.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment