Doa Selepas Azan-Maksud Dan 7 Perkara Sunat Sewaktu Melaungkan Azan

Doa Selepas Azan- Azan adalah seruan yang dilakukan setiap kali masuknya waktu solat. ia adalah untuk memberitahu masuknya waktu solat

Doa Selepas Azan

Maksud Doa Selepas Azan Dan Bacaanya Di Dalam Rumi

Setiap kali selepas azan, kita di sunatkan untuk membaca Doa Selepas Azan. Di bawah ini, adalah maksud doa selepas azan.

Doa Selepas Azan

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.

Wassolatil qaimah.

Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.

Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.

Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.

Innaka laatukhliful mi’ad.

Maksudnya:

Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.

Baca Juga: Suami Wajib Memberi Nafkah Pada Isteri Walaupun Hanya RM50

Perkara Sunat Ketika Melaungkan Azan

Doa Selepas Azan

Selain dari membaca doa selepas azan, bagi yang melaungkan azan, ada beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan. Perkara ini jika dilakukan akan mendapat pahala dan sangat elok jika di amalkan oleh mereka yang melaungkan azan.

Justeru itu, kita sangat di galakkan untuk melakukan perkara ini setiap kali melaungkan azan solat walau di mana pun berada. Antara perkara sunat yang boleh anda lakukan ialah:

  1. Berwuduk
  2. Menghadap ke arah kiblat
  3. Berdiri sewaktu azan
  4. Dilakukan di tempat yang tinggi
  5. Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring.
  6. Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
  7. Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment