Doa Qunut Rumi- Cara Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi Dan Maksudnya

Doa Qunut Rumi- Doa qunut adalah doa yang yang di baca selepas rukuk rakaat kedua solat Subuh.  Qunut secara istilah adalah doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat

Doa Qunut Rumi

Cara Bacaan Doa Qunut Rumi Dan Maksudnya

Doa Qunut biasanya di baca dalam bahasa Arab. Namun begitu, ada antara kita yang mungkin tidak fasih untuk membacanya dalam bahasa arab. Justeru itu, kami kongsikan dengan anda cara bacaan Doa Qunut Rumi sebagai panduan buat anda. Cara Bacaanya adalah seperti berikut:

Doa Qunut Rumi

Bacaan Doa Qunut Rumi:

Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait.Waqinii (birohmatika) syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wa Nastaghfiruka Wa Natubu Ilaik. Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Baca Juga: Panduan Ringkas Solat Witir Dan 3 Kelebihan Solat Witir

Maksudnya:

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya,

Doa Qunut Rumi

Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment