Doa Iftitah: Bacaan Dalam Rumi Dan 5 Syarat Takbiratul Ihram

Doa Iftitah adalah doa yang di baca selepas selasai mengangkat takbiratul ihram sewaktu solat.Ianya merupakan bacaan yang sunat di baca dalam solat.

Maksud Doa Iftitah Dan Bacaan Dalam Rumi

DOA IFTITAH

Bacaan Doa Iftitah Dalam Rumi:

Allaahu Akbaru kabiiraa, Walhamdu lillaahi katsiiraa, Wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila. Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardh, Haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiin,  Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiin. Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimiin

Maksudnya:

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah., Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu dengan-Nya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

DOA IFTITAH

Baca Juga: Solat Taubat- Maksud Solat Taubat, Jumlah Rakaat Dan 4 Syarat Taubat

Syarat-Syarat Takbiratul Ihram Yang Perlu Anda Tahu

Takbiratul Ihram adalah antara pergerakkan yang sering kita lakukan dalam solat. Namun begitu, ada beberapa syarat yang perlu anda tahu sewaktu mengangkat takbiratul ihram. Ia supaya takbir ratul ihram tersebut menjadi lebih sempurna dan tertib Antara syaratnya ialah:

DOA IFTITAH

  1. Ketika melafazkan takbiratul ihram hendaklah dalam keadaan yang tetap berdiri, bukannya ketika baru hendak berdiri menunaikan solat.
  2. Menghadap kiblat ketika melafazkannya.
  3. Dilafazkan dalam bahasa Arab. Jika tidak mampu mempelajarinya hendaklah dilafazkan dalam bahasa yang mempunyai makna yang sama dengan takbiratul ihram. Tetapi, seseorang itu tetap wajib belajar melafaznya dalam bahasa Arab.
  4. Mendengar kesemua huruf yang dilafazkan.
  5. Ketika melafazkan takbiratul ihram, perlulah disertai dengan niat solat.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment