Doa Buka Puasa Secara Bersendirian, Dan 2 Amalan Sunat Sewaktu Berbuka Puasa

Sebelum berbuka puasa kita perlu membaca Doa Buka Puasa. Ia merupakan salah satu amalan sunat yang kita lakukan sewaktu berbuka puasa.

doa buka puasa

Cara Bacaan Doa Buka Puasa Secara Bersendirian

Cara bacaan doa buka puasa secara bersendirian adalah seperti berikut:

DOA BUKA PUASA

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Cara Bacaan Doa Buka Puasa Secara Beramai-Ramai

Cara bacaan doa buka puasa secara beramai-ramai adalah seperti berikut:

doa buka puasa

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Baca Juga: 2 Kelebihan Doa Tahajud Jika Di Amalkan Selepas Solat

Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Semasa Berbuka Puasa

Sewaktu hendak berbuka puasa, kita sangat di sunatkan untuk melakukan beberapa amalan sunat. Terutamanya sekali jika kita berpuasa di bulan Ramdhan. Jika adalah salah satu cara mudah untuk kita mengumpul seberapa banyak pahala puasa bulan Ramadhan. Antara amalan sunat yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

1- Sewaktu berada di bulan ramadhan, kita sangat di sunatkan untuk menyegerakan waktu berbuka puasa. Malah, ia salah satu cara yang mudah untuk kita mengumpulkan pahala.

2- Sebelum berbuka puasa, ambil sedikit masa untuk berdoa. Ia bukan sahaja perkara sunat tetapi juga pada waktu ini merupakan waktu mustajab untuk berdoa.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment