Doa Berbuka Puasa Secara Beramai-Ramai Dan 2 Amalan Yang Dilaran Ketika Berpuasa

Doa Berbuka Puasa- Salah satu amalan sunat yang boleh kita lakukan sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan ialah membaca Doa Berbuka Puasa apabila tiba waktu buka puasa

Doa Berbuka Puasa

Cara Bacaan Doa Berbuka Puasa Secara Beramai-Ramai

Bacaan doa buka puasa secara bersendirian dan secara beramai-ramai adalah sedikit berbeza. Cara bacaan Doa Berbuka Puasa secara beramai-ramai adalah seperti berikut:

doa berbuka puasa

Bacaan Dalam Rumi:

Allahumma Lakasumna Wabika Aamanna Wa’alaa Rizqika Afthorna Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin 

Maksudnya:

Ya Allah kerana Mu kami berpuasa, Dengan Mu kami beriman, kepada Mu kami berserah dan dengan rezeki Mu kami berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Baca Juga: 2 Kelebihan Doa Tahajud Jika Di Amalkan Selepas Solat

Bacaan Doa Berbuka Puasa Secara Bersendirian

Cara bacaan Doa buka Puasa secara bersendirian adalah seperti berikut:

DOA BERBUKA PUASA

Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin 

Maksudnya: 

Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.

Perkara Yang Membatalkan Puasa Kita

Sewaktu berpuasa, kita wajib elakkan dari melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kita. Ia supaya tidak menggangu ibadah puasa kita dan tidak membatalkan puasa kita. Antara perkara yang membatalkan puasa ialah:

1- Kita sangat dilarang untuk makan dan minum dengan sengaja ketika berpuasa di bulan Ramadhan

2- Selain itu, jika seseorang wanita keluar haid di siang hari pada bulan Ramadhan walaupun hanya beberapa ketika atau di saat ingin berbuka, puasanya terbatal.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment