Cuti Sekolah- 4 Aktiviti Bermanfaat Sewaktu Cuti Sekolah

Cuti sekolah adalah waktu yang sangat menggembirakan buat murid-murid sekolah di negara kita. Mana tidaknya, pada waktu inilah mereka melakukan bermacam aktiviti yang di ingini.

cuti-sekolah

Namun begitu, apabila tiba sahaja cuti sekolah, ibu bapa juga turut pening kepala dalam merancang aktiviti yang terbaik buat anak masing-masing. Mana tidaknya, sebagai ibu bapa sudah pastilah tidak mahu waktu sekolah anak mereka di isi dengan pelbagai aktiviti yang benar-benar bermanfaat buat anak mereka. Kadangkala, cuti sekolah murid-murid di penuhi dengan bermacam aktiviti yang kurang bermanfaat buat mereka.

Ada Beberapa Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Anak Anda Sewaktu Cuti Sekolah

Sebenarnya, sewaktu cuti persekolahan, ada bermacam aktiviti yang ibu bapa boleh rancang khusus untuk anak mereka. Walaupun, anda sibuk bekerja tetapi anda tetap boleh mengisi waktu cuti persekolahan anak anda dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Apa yang penting ialah, anda perlu bijak dalam merancang aktiviti yang terbaik untuk anak anda. Antara aktiviti yang boleh anak anda melakukan sepanjang cuti persekolahan ialah:

1- Menyertai Kem Ibadah

Apabila tiba sahaja cuti sekolah kem motivasi dan kem ibadah adalah antara aktiviti yang seringkali diadakan oleh NGO dan badan kerajaan. Kem-kem sebegini banyak diadakan adalah supaya masa cuti sekolah murid-murid ini di isi dengan aktiviti yang benar-benar bermanfaat.

Dalam pada masa dengan adanya kem ibadah sebegini, ia dapat membantu anak anda dalam memantapkan diri dengan ilmu agama. Bukan itu sahaja, bagi yang akan menghadapi peperiksaan yang penting, dengan adanya kem seperti ini, ia secara tidak langsung membuatkan diri mereka menjadi bersemangat dan lebih bermotivasi dalam menghadapi peperiksaan penting

2- Melakukan Aktiviti Sukan

cuti-sekolah

Selain itu, waktu cuti sekolah anak anda juga boleh di isi dengan pelbagai aktiviti sukan atau menyertai pelbagai aktiviti sukan. Lagi bagus, jika aktiviti  sukan tersebut disertai juga oleh anda. Selain dapat mengisi masa lapang sewaktu cuti sekolah, ia juga adalah salah satu cara untuk menyiihatkan badan anak anda. Justeru itu, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan dari anak anda mengalami masalah obesiti.

Baca Juga: Semakan BPN 2.0 – Tarikh Pembayaran Dan Jumlah Bayaran

3- Menghadiri Kelas Kemahiran

cuti-sekolah 2

Bukan itu sahaja, pada waktu cuti sekolah inilah waktu terbaik untuk anda hantar anak anda untuk menghadiri kelas berkaitan kemahiran. Ia secara tidak langsung dapat memantapkan kemahiran dalam diri anak anda. Dengan kemahiran yang dia ada ini, secara tidak langsung dengan kemahiran yang ada pada dirinya ia membantu anak anda dalam tumbesaran anak anda dan juga dapat melatih anak anda belajar berdikari.

4- Sertai Aktiviti Amal

Aktiviti yang terakhir ini juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat bermanfaat dan sangat digalakkan untuk kita amalkan. Menyertai aktiviti amal dan juga aktiviti kebajikan sebanarnya salah satu cara yang boleh kita lakukan dalam mendidik anak anda supaya bersyukur.

Dalam pada masa yang sama, ia juga salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang dan sentiasa membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Dengan Perancangan Yang Betul Dapat Mengisi Masa Cuti Sekolah Anak Anda Dengan Bermacam Aktiviti

Kesimpulanya, dengan perancangan yang betul, masa lapang sewaktu cuti sekolah mereka dapat di isi dngan bermacam aktiviti. Malah, aktiviti yang telah di rancangkan ini juga dapat memberi manfaat dan mereka tidak merasa bosan.

Rujukan: Portal Rasmi Universiti Utara Malaysia TV

Leave a Comment