Cuepacs gesa hentikan pengeluaran wang KWSP

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) berpandangan tiada lagi keperluan untuk kerajaan membenarkan kemudahan mengeluarkan wang simpanan menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP: Rakyat tak perlu keluarkan KWSP?

“Jika pengeluaran secara besar-besaran ini terus dilakukan, kesannya kelak ramai yang akan bersara dengan jumlah simpanan KWSP terlalu rendah dan mungkin akan menjadi pesara yang miskin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Adnan, ekonomi negara dilihat semakin pulih dan kembali berkembang apabila kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan yang ketat kepada pembukaan sektor tersebut.

Selain itu, rakyat juga tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan dan kembali boleh melakukan aktiviti serta perniagaan masing-masing.

“Data daripada KWSP yang memaklumkan 50 peratus ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 amat membimbangkan dan boleh memberi kesan yang lebih besar sekiranya kebenaran pengeluaran diberikan sekali lagi.

“Jika pengeluaran secara besar-besaran ini terus dilakukan walaupun ekonomi negara kembali pulih, sudah tentu ia akan menjejaskan matlamat asal KWSP.

“Kesannya kelak ramai yang akan bersara dengan jumlah simpanan terlalu rendah dan mungkin akan menjadi pesara yang miskin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya berdasarkan data yang diperoleh daripada KWSP, 50 peratus pencarum yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 itu hanya boleh berbelanja RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun persaraan.

Sebelum ini, bagi mengurangkan beban kewangan rakyat ketika pandemik Covid-19 melanda, kerajaan membenarkan beberapa siri pengeluaran wang simpanan KWSP melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion.

Sehingga kini kerajaan telah membenarkan beberapa siri pengeluaran wang KWSP kepada rakyat melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Sumber – K! ONLINE

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment