Contoh Resume Template Terbaik Mohon Kerja Bahasa Melayu

Adakah anda mencari contoh resume template terbaik untuk mohon kerja Bahasa Melayu? Resume adalah dokumen yang lazimnya disediakan oleh seseorang untuk memohon pekerjaan di sesebuah syarikat. Kebiasaannya para pelajar lepasan universiti dan kolej akan berlumba-lumba menyediakan resume sebagai langkah awal untuk mencari peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian mereka. Dokumen ini amat penting kerana ia merupakan suatu peluang bagi pencari kerja untuk memberikan first impression kepada majikan sebelum dinilai dengan lebih lanjut menerusi sesi temuduga.

Kandungan Resume

Kandungan resume merangkumi maklumat ringkas peribadi, pencapaian akademik, kemahiran dan beberapa maklumat yang perlu berdasarkan bidang pekerjaan yang dimohon. Ringkasan pengalaman bekerja juga mustahak kerana ia dapat memberikan gambaran kepada majikan untuk menilai kebolehan setiap individu.

Resume merupakan salah satu dokumen yang selalu diminta oleh majikan untuk mencari pekerja baru. Namun begitu, terdapat juga majikan yang memerlukan dokumen lain seperti biodata dan curriculum vitae (CV). Maka pencari kerja terutamanya graduan universiti dan kolej perlu peka dengan maklumat yang diperlukan oleh majikan sebelum memohon pekerjaan.

Persaingan yang semakin tinggi hari ini memberikan cabaran kepada pencari kerja untuk memikat majikan yang menawarkan pekerjaan. Justeru, dengan menyediakan resume yang terbaik majikan akan mendapat tanggapan pertama yang baik terhadap calon-calon yang mereka inginkan. Keyakinan diri pasti akan bertambah apabila resume yang digunakan mampu menarik minat majikan berbanding calon pencari kerja yang lain.

Contoh Resume Terbaik dan Menarik

Untuk pengetahuan anda, penghasilan resume menarik dan memberikan first impression positif akan mencerahkan lagi peluang anda untuk diterima berkerja di syarikat yang anda pohon.

Jika anda pernah menggunakan microsoft word, terdapat tempat resume yang percuma yang boleh anda download dan edit terus. Lebih 100 contoh tersedia.

Apakah beza resume dan CV?

Resume dibuat bertujuan untuk mendapatkan perhatian pihak yang mengambil pekerja. Manakala CV pula ditulis dengan memasukkan secara terperinci pengalaman pekerjaan anda dan pendidikan.

Adakah setiap kerja yang dipohon perlukan resume berlainan?

Ya.pastikan resume anda sesuai dan memikat hati syarikat yang anda pohon.

Berapa panjang resume kena tulis?

Pastikan point dalam resume ditulis dengan ringkas dan padat. Elakkan point yang berulang-ulang dan berlebihan.

Contoh Resume Melayu

 

Contoh Resume English

 

Leave a Comment