Cara Kemaskini MySejahtera: Wajib kemaskini Elak Kena kompaun

Cara Terkini Kemaskini dan Update MySejahtera 2021 Untuk Rekod Status risiko Covid-19 | Langkah-langkah adalah seperti dibawah.

BAGAIMANA JIKA GAGAL MEMBUAT KEMASKINI MySEJAHTERA?

Kegagalan berbuat demikian boleh didenda seperti yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini di mana seramai 31 pekerja di Perak masing-masing didenda antara RM1,500 dan RM2,000 kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka.

Namun difahamkan mereka yang didenda itu berdasarkan Prosedur operasi standard (SOP) ini merujuk kepada SOP pengilangan dan bukannya SOP Am.

CARA KEMASKINI STATUS KESIHATAN DI MySEJAHTERA

Berikut adalah tutorial update status kesihatan di aplikasi MySejahtera:

1 – Buka Aplikasi MySejahtera

2 – Klik “Status COVID-19”

3 – Tekan butang “Start”

4 – Jawab 6 soalan yang disediakan dan klik “Submit”

5 – Masuk bahagian “Profile” dan klik butang “Refresh”. Selesai kemaskini.

CARA KEMASKINI STATUS IBU MENGANDUNG & MENYUSU BAYI DI MySEJAHTERA

Berikut adalah tutorial kemaskini / update status ibu mengandung & menyusu di MySejahtera:

  • Buka aplikasi MySejahtera
  • Tekan butang ‘TUTUP’ (Close)
  • Pergi ke menu ‘Vaksinasi COVID19’ (COVID-19 Vaccination)
  • Pilih ‘Vaccine for ____(nama anda)____’
  • Klik pada butang ‘Click if pregnant / breastfeeding’
  • Tandakan maklumat yang sesuai dan tekan butang ‘Submit’
  • Selesai

Boleh ke SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN COVID19 melalui MySEJAHTERA?

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara untuk membuat kemaskini status kesihatan di My Sejahtera?

Sila rujuk artikel di atas.

Bilakah ibu mengandung dan menyusu bayi boleh update MySejahtera?

Bermulai 2 Jun 2021.

Kenapa ibu mengandung dan menyusu bayi perlu membuat kemaskiniMySejahtera?

MySejahtera telah melancarkan ciri pilihan baru untuk mengenalpasti ibu mengandung dan menyusukan bayi bagi tujuan pertimbangan vaksinasi.

Dengan menandakan ciri ini, vaksin yang bersesuaian akan dikhaskan untuk ibu mengandung dan ibu menyusu berdasarkan keperluan masing-masing.

Adakah ibu mengandung boleh membuat kemaskini di My Sejahtera?

Ya boleh,untuk memaklumkan status anda sebagai ibu mengandung.

Adakah ibu menyusu boleh membuat kemaskini di MySejahtera?

Ya boleh,untuk memaklumkan status anda sebagai ibu menyusu anak

Apakah jenis vaksin yang disarankan kepada ibu mengandung/menyusu?

Panduan Vaksinasi Untuk Ibu Mengandung dan Ibu Menyusukan Bayi menyatakan ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak hanya disaran mengambil vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.

1 thought on “Cara Kemaskini MySejahtera: Wajib kemaskini Elak Kena kompaun”

  1. Kenapa lambat sangat orang kampung divaksinasi. Mereka daftar seawal bulan februari lagi. Tak payah hiraukan orang yang tak daftar tu,percepatkan yang daftar ni

    Reply

Leave a Comment