Cara cancel jaringan prihatin : Panduan Tukar ke Telco Lain

Cara ‘Cancel’ Jaringan Prihatin: Langkah-Langkah Untuk Menukar Pendaftaran Jaringan Prihatin dengan Syarikat Telekomunikasi Anda

Jika anda telah berdaftar untuk program Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi terpilih dan ingin bertukar ke tawaran oleh syarikat yang lain, anda boleh berbuat demikian.

Jika anda telah membuat semakan status BPR,status permohonan LULUS,maka anda layak untuk menerima subsidi Jaringan Prihatin sebanyak RM180 kategori bujang,RM300 kategori isi rumah yang mempunyai anak 18 tahun ke bawah.

Maka anda telah buat pendaftaran bantuan Jaringan Prihatin dengan memilih subsidi pembelian telefon pintar atau memilih data bulanan.

Jika anda rasa telah memilih pelan yang kurang tepat atau ingin pilih tawaran telco yang lebih menarik, boleh ke cancel/batalkan pendaftaran yang telah dibuat? Ya boleh.

Bagaimanakah cara nak cancel/batalkan subsidi Program Jaringan Prihatin?

Berikut adalah cara untuk batalkan dan pendaftaran semula syarikat telekomunikasi:

Sila hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.Boleh rujuk laman web setiap syarikat telekomunikasi:

  • Celcom: https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀
  • Digi: https://digi.my/prihatin⠀
  • Maxis: https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀
  • Mcalls: https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀
  • redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀
  • speakOUT: https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀
  • Tune Talk: https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀
  • U Mobile: u.com.my/jaringanprihatin⠀
  • unifi Mobile: www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀
  • XOX Mobile: https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀
  • YES: https://www.yes.my/kasiupB40⠀
  • Yoodo: www.yoodo.com.my/jaringanprihatin⠀

Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.

Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

SOALAN LAZIM

Apa maksud telefon outdate?

Telefon yang lama yang tidak boleh install aplikasi terkini.Biasanya telefon pintar outdate ini tidak boleh install whatapps,youtube dan lain-lain.

Adakah saya perlu tukar plan terlebih dahulu untuk dapat subsidi Jaringan Prihatin?

Tidak perlu.

Adakah saya kena bayar tambahan sebanyak jumlah tertentu untuk dapat telefon pintar dalam pakej subsidi Jaringan Prihatin?

Ya,harga telefon pintar tersebut melebihi jumlah subsidi yang diberikan.Contohnya harga telefon RM400,anda perlu tambah RM100+ (RM300 Subsidi).

Apa yang terjadi jika saya telah pilih subsidi telefon pintar dan telah tebus telefon pintar,tetapi saya dapat telefon pintar outdate,boleh tukar ke?

Tidak boleh,sila rujuk kedai yang anda buat penebusan.

Apa yang patut saya lakukan sebelum pilih subsidi Program Jaringan Prihatin?

Sila baca betul-betul,sila comfirm betul-betul tawaran daripada telcon sebelum memilih.

Saya telah pilih pelan data telco A. Macam mana cara nak tukar ke syarikat B?

Sila hubungi syarikat A untuk urusan pembatalan,kemudian sila daftar dengan syarikat telekomunikasi B setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

Berapa kali had maksimum untuk tukar pakej/pelan syarikat telekomunikasi?

3 kali sepanjang program ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan info lanjut tentang cara batalkan Jaringan Prihatin,sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

4 thoughts on “Cara cancel jaringan prihatin : Panduan Tukar ke Telco Lain”

    • Saya juga. Mungkin kita terpaksa menghubungi rangkaian yes prihatin.

      Saya suka plan yes prihatin kerana memberi Internet percuma selama setahun. Cuma nya hp percuma yg diberikan terlalu kecil memorynya 1/8 sahaja.

      Jenama Model hp ada logo yes kat belakang hp

      Setakat ni saya tahu digi memberi kita peluang memilih hp yang kita nak dgn menambah duit untuk cukupkan nilai harga hp tersebut. Contohnya kita bujang layak subsidi RM180. Jika harga hp RM400 kita tolak subsidi RM180 bakinya kita tambah la. Begitu juga subsidi RM300. 400-300=Kita byr RM100 la

      Reply

Leave a Comment