BPR Tambahan 2021: Jumlah Tarikh Bayaran Dan Cara Membuat Semakan

BPR Tambahan mrupakan satu bantuan kewangan secara one off yang telah di umumkan oleh kerajaan baru-baru ini di bawah Pemerkasa Tambahan.

Ianya merupakan bantuan one off yang diberikan oleh kerajaan sempena penularan wabak covid-19 dan sempena PKP di negara kita. Ini kerana, ramai yang terjejas sewaktu penularan wabak Covid-19 di negara kita. Justeru itu, kerajaan membuat keputusan untuk memberikan BPR Tambahan untuk meringankan beban mereka yang terjejas. Ia di masukkan secara automatik ke dalam akaun penerima penerima BPR sebelum ini.  

Jumlah Pembayaran BPR Tambahan Dan Jenis Kategori Penerima

bpr-tambahan

Bagi Kategori penerima, ianya sama seperti kategori penerima BPR sebeleum ini, Tetapi jumlah pembayaran BPR tambahan ini sedikit berbeza kerana ia merupakan lanjutan dari pembayaran BPR sebelum ini. Pada 31 Mei Yang lalu kerajaan telah mengumumkan jumlah pembayaran PKP tambahan. Jumlah pembayaranya adalah seperti berikut:

  • Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500, mereka akan menerima kadar tambahan sebanyak RM500
  • Kategori isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000, akan menerima kadar sebanyak RM300.
  • Manakala, bagi Golongan bujang pula, anda akan menerima bantuan sebanyak RM100

Tarikh Pembayaran Dan Cara Membuat Semakan Pembayaran

Tarikh pembayaran BPR tambahan ini akan mula di masukkan ke dalam akaun penerima adalah pada akhir bulan Jun 2021 dan ianya akan di masukkan secara automatik ke dalam akaun penerima berdaftar BPR sebelum ini. Untuk membuat semakan pembayaran BPR, anda boleh membuat semakan di Laman Web Rasmi BPR

Baca Juga: Menjemput Rezeki Allah Dengan 7 Amalan Ini

Leave a Comment