Bantuan PKP 3.0- Senarai Bantuan Pemerkasa Tambahan Yang Telah Diumumkan.

Pada 31 Mei yang lalu kerajaan telah mengambil keputusan untuk memberikan Bantuan PKP 3.0 yang di panggil Pemerkasa tambahan kepada mereka yang terkesan sewaktu PKP.

Bantuan PKP 3.0

Ianya satu perkara yang melegakan terutama sekali mereka yang terkesan sewaktu PKP 3.0 ini. Justeru itu, dengan bantuan yang kerajaan umumkan ia sedikit sebanyak membantu dalam meringankan beban mereka yang terkesan.

Ada Beberapa Bantuan PKP 3.0 Yang Telah Diumumkan Di Bawah Pemerkasa Tambahan

Bantuan PKP 3.0

Pada 31 Mei yang lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa jenis bantuan di bawah pakej bantuan pemerkasa tambahan. Bantuan ini adalah kesinambungan dari bantuan-bantuan yang kerajaan telah umumkan sebelum ini. Ia juga merupakan antara bantuan di tunggu-tunggu oleh rakyat negara kita. Antara bantuan yang di tawarkan dalam PKP 3.0 iaiah

  • Peruntukan RM450 juta tingkat kapasiti katil, peralatan ICU rawatan COVID-19
  • RM550 tampung pertambahan kos operasi, pengurusan krisis kesihatan
  • Lantikan kontrak lebih 14,000 jawatan pegawai perubatan
  • Percepat pemberian vaksin 80,000 dos sehari (sasaran 150,000 dos sehari menjelang akhir Jun)
  • Aset kerajaan digerakkan permudah warga emas ke PPV
  • RM2.1 bilion untuk BPR tambahan sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang hujung Jun
  • Moratorium 3 bulan atau pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan
  • Skim rehabilitasi sewa beli bas dan teksi
  • Program MARA Prihatin – peminjam boleh jadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran
  • Lanjutan Program Subsii Upah selama sebulan
  • Geran Khas Prihatin ditambah RM500 kepada RM1,500 pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai
  • Bantuan khas one-off RM500 kurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah
  • Bayaran lewat renew lesen perniagaan sehingga 31 Disember 2021
  • Lanjutan diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas
  • Lanjutan duti setem HOC sehingga 31 Disember 2021
  • Pengecualian cukai jualan CKD dan CBU import sehingga 31 Disember 2021

Baca Juga: Ebelia shopee : Panduan cara tebus kredit e-belia

Leave a Comment