Bantuan Keluarga Malaysia RM2000 One-Off (TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 JANUARI 2022)

Bantuan Keluarga Malaysia RM2000 One-Off

Bajet 2022 atau Belanjawan 2022 telahpun di bentangkan oleh kerajaan baru-baru ini dan antara yang disentuh adalah bantuan yang terbaru iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022). Bantuan BKM 2022 ini mengfokuskan bantuan kepada beberapa kategori dan kumpulan sasar yang layak sehingga RM2,000.

—> SIla baca juga [INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

Syarat Kelayakan dan Kategori

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

– RM2,000 : Lebih 3 Anak
– RM1,500 : 1- 2 Anak
– RM1,000 : Tiada Anak

  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan

– RM800 : Lebih 3 Anak
– RM600 : 1- 2 Anak
– RM400 : Tiada Anak

  • Tambahan Kadar Isi Rumah:

– RM300 : Warga Emas
– RM500 : Ibu / Bapa Tunggal Dengan Tanggungan

  • Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan : Kurang Daripada RM5,000

– RM600

  • Bujang Pendapatan Kurang RM2,500

– RM350

Cara Memohon

Pemohon bolehlah mengisi borang online di laman web di sini

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

Bilakah pembayaran pertama BKM?

Bermula Januari 2022.

SIapa yang perlu membuat permohonan baharu?

  • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
  • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
  • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

–> Sila baca juga Shahril Hamdan tidak setuju KWSP dikeluar bantu mangsa banjir

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web BKM yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment