Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Lepasan dan Penganggur RM400 – RM600

Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan (PERKESO)

Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

—> SIla baca juga [INFO] Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Januari 2022

bantuan

Siapakah yang layak memohon Elaun Mencari Pekerjaan?

Kategori penerima yang layak menerima Elaun Mencari Kerajaan adalah berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO:

  • Graduan baharu
  • Lepasan Sekolah
  • Pekerja sektor tidak formal

Cara Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan

Anda hendaklah membuat permohonan dan berdaftar di bawah platform MYFutureJobs kerana PERKESO akan memantau usaha pencarian pekerjaan mereka dengan bantuan PERKESO. Muat turun Aplikasi Prihatin PERKESO untuk mula memohon di Google Playstore atau Appstore.

Amaun Bayaran Elaun Mencari Pekerjaan

Mereka yang layak akan mendapat dua bayaran seperti yang tertera:

  1. RM300 selama 2 bulan bagi mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs
  2. RM400 one-off bagi mereka yang kembali bekerja  dan mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan.

bantuan

Syarat Kelayakan Penuh

  1. Individu kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan
  2. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
  3. Individu menganggur
  4. Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temu duga dalam 2 bulan

Tarikh pendaftaran

Tarikh pendaftaran adalah dari 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022.. Mohon sekarang!

–> Sila baca juga Shahril Hamdan tidak setuju KWSP dikeluar bantu mangsa banjir

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web PERKESO di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment