Banjir: Bantuan RM1,000 untuk setiap isi rumah terjejas

Kerajaan sedia bantuan RM100 juta bagi membaiki rumah rosak akibat banjir dan sumbangan RM1,000 kepada setiap isi rumah.

BANTUAN: Kerajaan akan salurkan RM1000 kepada mangsa banjir?

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan bahawa kerajaan turut bersetuju sediakan peruntukan awal RM100 juta untuk pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur lain.

“Penjawat awam terlibat banjir diberi Cuti Kecemasan pada Isnin (esok),” jelasnya pada sidang akhbar semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu akan disalurkan selepas kesemua mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, kerajaan Persekutuan juga bersetuju menyediakan sumbangan awal berjumlah RM100 juta bagi seluruh negara sebagai inisiatif pasca banjir bagi membaiki kerosakan rumah dan infrastruktur-infrastruktur lain.

Menurut Perdana Menteri, beliau menyedari banyak kerosakan yang berlaku dan jumlah itu akan dipertingkatkan pada masa-masa akan datang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 pada September lalu kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat bencana akan dipercepatkan di kawasan-kawasan banjir di kesemua negeri termasuk Selangor.

Dalam masa sama, beliau memaklumkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GILC) masing-masing bersetuju untuk memberi geran padanan RM20 juta kepada kerajaan.

“Untuk peringkat awal, kita mengadakan perbincangan semalam dan ini bermaksud kita ada RM40 juta back to back. Itu antara bantuan yang akan berikan segera dalam usaha mengurangkan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir,” kata Perdana Menteri lagi.

Sumber – Awani & K! ONLINE

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan inisiatif di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan.

Layari CikguZul bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

GROUP WHATSAPP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment