Bacaan Tahiyat Akhir- Bacaan Dalam Rumi Dan Maksudnya

Bacaan Tahiyat Akhir merupakan salah satu rukun di dalam solat. Justeru itu, ia merupakan slaah satu bacaan yang wajib kita lakukan dan jika tertinggal solat menjadi tidak sah.

Bacaan Tahiyat Akhir

Cara Bacaan Bacaan Tahiyat Akhir Dan Maksudnya

Bacaan Tahiyat Akhir adalah seperti berikut:

Bacaan Tahiyat Akhir

Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.

Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.

Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.

Asyahadu anlaa illaha illallah.

Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim.

Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.

Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala ali Ibrahim fil ‘alamin innaka hamidummajid.

Baca Juga: Doa Qunut Rumi- Cara Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi Dan Maksudnya

Maksudnya:

Bacaan Tahiyat Akhir

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Syarat-Syarat Tasyahud

Ada beberapa perkara yang perlu anda tahu sewaktu Bacaan Tahiyat Akhir dan bacaan tahiyat awal. Antara syaratnya ialah:

  • Memperdengarkan dirinya sendiri bacaan Tasyahud
  • Berurutan bacaan perkataan-perkataan tasyahud. Jika diselangi diantara bacaannya pertaan asing atau diam yang panjang, maka tidak dikira tasyahud itu kecuali bagi perkataan-perkataan yang warid dalam bacaan yang sempurna.
  • Membaca tasyahud dalam duduk yang diikuti oleh salam.
  • Bacaan tasyahud dalam bahasa arab.
  • Menjaga bacaan makhraj-makhraj huruf tasyahud.
  • Menjaga bacaan baris-baris sabdu dalam tasyahud.
  • Membaca tasyahud dengan tertib. Membaca tasyahud dengan tertib ialah syarat yang jika ia tidak dibaca dengan tertib, bacaannya akan mengubah maknanya.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment