APDM: Cara Login Dan Kemaskini Pengkalan Data Murid 2021

APDM adalah satu pengkalan data yang di gunakan oleh setiap sekolah di Malaysia untuk mengumpulkan database murid-murid yang ada di setiap sekolah di Malaysia.

Dengan adanya sistem sebegini ia memudahkan pihak sekolah untuk mengumpul database pelajar mereka dengan tepat dan teratur. Jika mengumpulkan database murid menggunakan cara manual, ia mungkin akan menyebabkan database tersebut ada yang tidak lengkap atau mungkin ada muaklumat murid yang akan tercicir.

Apa Kegunaan APDM??

Dalam sistem APDM ini ada beberapa kegunaan buat para guru. Antaranya ialah:

1. Merekod e-Kehadiran Pelajar

Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.
Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.

Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.

2. Melengkapkan Borang Maklumat Pelajar

Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini dengan mudah dan efisien dengan menggunakan APDM.
Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.

Antara maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi.

Selain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu diisi.

Data ini sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan JKM dan sebagainya.

Baca Juga:  Tarikh EgTukar- Tarikh Permohonan Dan Semakan Egtukar 2021

Cara Log Masuk Ke Dalam APDM

Untuk log masuk ke dalam APDM, anda perlu klik link ini: https://apdm.moe.gov.my/

Kemudian, anda perlu masukkan nombor ID pengguna anda dan kata laluan.
selepas itu, anda perlu klik butang “hantar” dan anda boleh terus menggunakan portal APDM

Cara Mendaftar Maklumat Murid

Untuk mengumpul segala database murid, sudah pastilah ia perlu di daftarkan di dalam sistem terlebih dahulu. Ia supaya memudahkan untuk para guru dapat mengakses maklumat setiap murid yang ada di sekolah tersebut dan dalam pada masa yang sama untuk memudahkan proses dokumentasi. Cara untuk mendaftar maklumat murid adalah seperti berikut:

  • Segala Maklumat murid boleh didaftarkan oleh guru kelas masing-masing dengan pergi ke menu ‘Data Murid’.
  • Sebelum membuat pendaftaran, guru kelas perlu membuat semakan terlebih dahulu sekiranya maklumat murid tersebut telah sedia ada dalam dalam data base atau tidak. Jika sudah sedia ada anda hanya perlu kemaskini sahaja maklumat yang terbaru (Sekiranya ada)
  • Sekiranya maklumat murid tersebut tiada dalam senarai data base, anda perlu mendaftar murid tersebut degan klik ikon ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.

Bagaimana Nak Kemaskini Maklumat Murid??

Bagi murid yang sedia ada pula, sekiranya terdapat perubahan maklumat murid tersebut, guru kelas boleh melakukan kemaskini maklumat peribadi dan bagi murid yang sudah berhenti sekolah atau sudah habis belajar, rekod murid tersebut boleh dibuang / dipadam dari sistem melalui guru kelas masing-masing melalui menu ‘ Data Murid’.

APDM Sangat Membantu Guru Dalam Mengumpul Maklumat Pelajar

Kesimpulanya, dengan adanya sistem APDM ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu para guru dan pihak sekolah dalam mengumpul maklumat murid di sekolah mereka. Maklumat ini adalah penting kerana dengan maklumat yang lengkap ia secara tidak langsung membolehkan pelajar kurang berkemampuan mendapat bantuan tanpa tercicir.

1 thought on “APDM: Cara Login Dan Kemaskini Pengkalan Data Murid 2021”

Leave a Comment