APDM KPM- Cara Login Dan 2 Fungsi Kegunaanya

APDM KPM-Pada masa kini, sistem pendidikan negara kita sedang berada ke arah yang moden. Justeru itu, tidak hairanlah, pada masa kini, pelbagai sistem  telah di bangunkan.

APDM KPM

Begitu juga dalam bidang pendidikan, yang mana pada waktu ini ada bermacam sistem yang telah di bagunkan bagi memudahkan segala urusan berkaitan pendidikan termasuklah untuk memudahkan guru bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu sistem yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah APDM KPM.

Apa Itu Sistem APDM KPM?

APDM KPM atau lebih dikenali sebagai APDM KPM e kehadiran adalah satu modul Modul Pengurusan Murid yang diakses oleh guru-guru atau pegawai yang ditugaskan oleh Pengetua atau Guru Besar untuk memasukkan e-kehadiran dan segala data berkaitan murid. Ia merupakan salah satu sistem yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Dibangunkan Bawah KPM NKRA

Sistem ini dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah sub bahagian KPM NKRA. Ia bertujuan supaya sistem pendidikan kita menjadi lebih cekap supaya negara kita dapat berdaya saing dengan negara maju yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara supaya ia sama taraf dengan pendidikan negara maju di dunia.

Kegunaan APDM KPM Online

APDM KPM

Dalam APDM online KPM ada bermacam kegunaan yang boleh di gunakan oleh para guru di negara kita dalam menguruskan kehadiran pelajar. Antara kegunaan APDM kehadiran murid KPM adalah seperti berikut:

1. Merekod e-Kehadiran Pelajar

  • Aplikasi Pangkalan Data Murid ekehadiran ini berfungsi untuk mencatat kehadiran murid ke sekolah.
  • Catatan boleh diisi sama ada pelajar hadir, hadir tetapi lewat, tidak hadir bersebab ataupun ponteng.
  • e-kehadiran ini juga boleh memaparkan laporan kehadiran murid ke sekolah dengan tepat mengikut bulan dan tahun.
  • Selain penggunaan desktop untuk mencatat kehadiran murid, guru boleh mencatat kehadiran murid didalam sistem Aplikasi Pangakalan Data Murid menggunakan android.

2. Melengkapkan Borang Maklumat Pelajar

  • Guru boleh memuat turun borang maklumat murid ini dengan mudah dan efisien dengan menggunakan APDM.
  • Data ini dikutip pada awal tahun untuk dikemaskini oleh guru kelas.
  • Antara maklumat murid yang perlu dilengkapkan termasuklah seperti nama penuh, nombor MyKid, warganegara, kaum, agama, alamat, jenis bantuan yang diterima dan banyak lagi.
  • Selain itu, maklumat penjaga seperti nama penuh, status, nombor telefon untuk dihubungi, pekerjaan, pendapatan dan sebagainya juga perlu diisi.
  • Data ini sangat berguna untuk digunakan pada masa hadapan seperti kelayakan menerima bantuan kewangan seperti Bantuan JKM dan sebagainya.

3- Mendaftarkan Maklumat Pelajar.

Selain itu, di dalam sistem ini juga, guru kelas boleh mendaftar maklumat pelajar kelas mereka terutama sekali bagi murid baharu. Selain itu, guru jufga boleh menyemak sekiranya nama murid tersebut telah sedia ada dalam senarai murid kelas tersebut atau tidak. caranya dengan klik nama murid. Profile murid dan profile ibubapa murid boleh dikemaskini.

Sekiranya murid tiada dalam senarai kelas klik ‘Daftar Murid” dan masukkan identiti murid samada no KP, no sijil lahir, no passport atau tiada dokumen.Klik ‘Kemaskini Maklumat’ apabila selesai mengemaskini maklumat.

Baca Juga: Doa Qunut Rumi- Cara Bacaan Doa Qunut Dalam Rumi Dan Maksudnya

Siapakah Yang Menggunakan APDM KPM

Dalam sistem APDM KPM ini ada beberapa pengguna yang boleh menggunakanya selain pegawai pentadbir APDM di PPD dan JPN, guru kelas dan seorang pegawai yang ditugaskan di sekolah merupakan pengguna utama dalam sistem APDM ini bagi mengendalikan maklumat murid dan sekolah masing-masing.

Cara Menggunakan APDM KPM

Untuk menggunakan aplikasi ini, sudah pastilah para pengguna perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Cara APDM KPM login adalah seperti berikut:

1. Layari Laman Web APDM

Untuk memulakan akses ke sistem APDM, mula-mula sekali anda perlu layari Aplikasi Pangkalan Data Murid kemudian, pada bahagian kiri laman sesawang, login APDM dengan masukkan pula ID Pengguna dan Kata Laluan. ID pengguna dan kata laluan biasanya akan di berikan oleh admin sekolah. Jadi, para pengguna boleh menggunakan ID pengguna yang sedia ada.

2. Tukar Kata Laluan

Admin sekolah disarankan supaya menukar kata laluan selepas log masuk APDM buat pertama kali atas sebab keselamatan akaun.

4. Login Semula

Selepas menukar kata laluan, login semula dengan menggunakan ID pengguna yang baru beserta kata laluan yang telah ditetapkan. Seterunsya login apalikasi APDM semula dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan, tekan butang HANTAR.

APDM KPM

Cara Nak Kemaskini Maklumat Pelajar

Selain itu, dalam sistem ini juga guru boleh mengemaskini maklumat pelajar mereka dengan lebih kerap. Ia supaya maklumat murid tersebut sentiasa up to date. Cara nak kemaskini maklumat pelajar adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke dalam sistem APDM
  2. Di ruangan Modul, klik Kehadiran
  3. Pilih tarikh untuk mengisi rekod kehadiran pelajar
  4. Jika pelajar tidak hadir, sila pilih sebab ketidakhadiran mereka
  5. Klik Kemaskini setelah selesai.
  6. Untuk admin, pilih Kehadiran Harian Kelas untuk melihat rekod harian
  7. Admin juga boleh mengemaskini dan melihat kehadiran bulanan, tahun persekolahan dan memilih kelas yang diinginkan
  8. Selain itu, admin mempunyai akses untuk mencetak laporan dalam bentuk dokumen pdf yang memaparkan jumlah peratus hadir serta jumlah murid hadir mengikut bulan.

Cara Nak Rekod Kedatangan Murid PdPR

Walaupun pada waktu ini, proses pembelajaran di jalankan secara online iaitu di jalankan di rumah sahaja, tetapi setiap guru perlu mengambil rekod kedatangan murid PdPR. Untuk mengambil rekod kedatangan murid PdPR adalah seperti berikut:

  1. Mula-mua sekali anda perlu log masuk ke dalam APDM
  2. Di ruangan kiri paparan utama terdapat bahagian PdPR dan klik pada ruangan tersebut
  3. Nama kelas akan dipaparkan, sila klik ya pada semua kelas pada tarikh persekolahan berkenaan
  4. Pastikan klik Simpan pada setiap hari yang dikemaskini untuk menyimpan rekod tersebut.

Cara Untuk Mengeksport Data Murid

Selain itu, dalam sistem ini juga, terdapat data murid yang sangat lengkap dan menyeluruh. Justeru itu, dengan data yang lengkap sebegini, para guru dapat mengeksport keluar dan gunakanya ke dalam mana-mana sistem. Data murid yang di eksport ini akan di masukkan ke dalam Microsoft Excel. Cara untuk mengeksport data murit adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula sekali, anda perlu melayari laman sesawang APDM.
  2. Kemudian, anda perlu log masuk ke dalam sistem APDM dengan memasukkan ID PenggunaKata Laluan dan klik HANTAR.
  3. Seleps itu, anda perlu klik butang  Data Murid. Maklumat yang dimuat turun adalah mengikut tingkatan atau tahun.
  4. Klik butang Muat Turun Excel pada penjuru kanan di bahagian atas skrin untuk menyimpan ke dalam folder komputer supaya dapat diakses secara offline.

Jom Follow FB Page CikguZul untuk pelbagai info yang menarik.

Leave a Comment