Apa Yang Perlu Dibuat Sekiranya Dalam Proses Pengkreditan Bpr 2021

Jika anda salah seorang penerima BPR Fasa 2 2021, semasa buat semakan BPR secara online, tentu anda akan nampak paparan yang menunjukkan Bantuan Prihatin Rakyat dalam proses pengkreditan. Sangat pelik bunyinya dan susah nak faham kan?

MAKSUD BPR DALAM PROSES PENGKREDITAN

Ia bermaksud Bantuan Prihatin Rakyat(BPR) Fasa 2 anda dalam proses bank in ke akaun penerima BPR.

Contohnya,jika anda menerima BPR melalui Bank Islam,Kementerian Kewangan Malaysia sedang membuat bayaran BPR anda melalui Bank Islam dan Bank Islam pula akan memasukan duit BPR ke dalam akaun peribadi anda.

Nampak mudah kan?tetapi ia mengambil masa dan mengambil kira cuti hujung minggu dan cuti umum untuk proses pengkreditan berlaku.

APA MAKSUD PENGKREDITAN TERUS BPR?

Ia bermaksud duit BPR masuk terus ke akaun bank.

Jika anda telah mendaftar nama bank dan nombor akaun dengan betul semasa membuat pendaftaran dan permohonan BPR.Pembayaran BPR adalah melalui pengkreditan terus.

bila duit BPR masuk?

APA MAKSUD PENGKREDITAN SECARA TUNAI BPR?

Jika anda gagal mendaftar/berlaku kesilapan semasa memasukan maklumat nama bank dan nombor akaun dengan tepat semasa membuat pendaftaran dan permohona BPR.Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Pada status BPR akan dipaparkan nombor baucar BPR untuk memudahkan pelaksanaan pengkreditan secara tunai BPR di cawangan BSN.

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah kaedah pembayaran Fasa Kedua BPR 2021?

Pembayaran Fasa Kedua BPR 2021 adalah seperti berikut:

Berjaya Kredit ke akaun

Pembayaran akan dilakukan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 secara berperingkat.

Tunai di Kaunter BSN

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR 2021; atau
    Pembayaran BPR 2021 berstatus Gagal Kredit.
  • Saya adalah pemohon dan tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran BPR 2021, adakah pembayaran BPR 2021 akan dibuat secara tunai kepada saya?
  • Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa pendaftaran / kemas kini BPR 2021, pembayaran adalah seperti berikut:

Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank – pengkreditan ke akaun pasangan akan dibuat

Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank – pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon

Leave a Comment